Wednesday, November 26, 2014

BINGKISAN DARI SEORANG USTAZAH UNTUK ANAK-ANAK UPSR

saya terpanggil untuk share post dari facebook ustazah Norhafizah dengan kalian semua....
Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria.
" Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...
" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."
Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak
kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di duniah hingga ke syurga..aameen.
syukran kathiran pada kalian semua para guru.
wassalam
Sumber : Dari Group Whatsapp

Tuesday, November 25, 2014

JOM AUDIT DIRI


Assalamualaikum w.b.t....


Jom audit diri..selalu kita dengar tag line nie bila dengar motivasi bersama prof Muhaya di Tv kan? Suka dengar motivasi prof Dr Muhaya, sangat terkesan di hati.

Selalu saya tonton video motivasi beliau di Youtube kalau ada yang terlepas...kadang-kadang diulang-ulang banyak kali. Kita manusia ni kan cepat lalai dan alpa..huhu, so kena dengar banyak kali.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini” 


Jom sama-sama kita refleksi diri kita. Pernahkah kita berhadapan dengan situasi, apabila kita ada masalah, kita lihat dan cari kesilapan diri sendiri serta hendak membetulkan diri kita dahulu? Yang sering berlaku, kita asyik sibuk hendak membetulkan orang. Selalunya kita menjadi susah atau bermasalah, sebab kita tidak boleh menerima keadaan dan kita hendak dunia berubah macam yang kita hendak. Sedangkan pada waktu sama, kita tidak mahu berubah daripada situasi yang kita ada.

 16191 544798355549872_1893596793_n
Hakikatnya, bolehkah kita nampak diri kita sendiri? Bukankah kita tidak boleh melihat diri kita sendiri? Kedua-dua belah mata kita, tidak mampu melihat diri kita sendiri, tanpa bantuan cermin kita tidak dapat melihat diri kita sendiri. Hanya mata orang lain yang dapat melihat kita dan menilai siapa kita di matanya.

Begitulah lazimnya kehidupan, perkara dan hal-hal yang terlampau dekat dengan kita, kita tidak nampak, tetapi kita nampak perkara dan hal-hal yang jauh dari kita, dan itulah yang sibuk hendak kita perkatakan dan perbetulkan.

Maka itu, tengok diri kita dahulu, jangan cepat menuding jari ke arah orang, yakni nampak kesalahan orang lain sahaja. Kita pernah dengar orang berkata, ?Kalau satu jari kita tunjuk kepada orang, tiga jari lagi akan menuding kepada kita." Lihatlah dan auditlah diri sendiri dahulu sebelum melihat dan mengaudit orang lain! Reset Minda!

Cara untuk kita sentiasa sibuk melihat diri sendiri dan kurang melihat dan mencari aib orang, adalah dengan cara selalu fikirkan tentang kematian, "Kalau saya mati macam mana? Di alam barzakh nasib saya macam mana? Kehidupan semula saya selepas bangkit kembali untuk kehidupan kedua nanti macam mana?"

Apabila kita sibuk menjaga perkara-perkara yang asas seperti teras akidah, kita tidak akan ada masa untuk memikirkan hal-hal yang remeh-temeh, malah hal-hal yang kecil tidak nampak besar dan tidak rumit di mata kita.

Refleksi, jom buat perjanjian dan kenyataan bahawa, saya akan menyerah diri kepada Allah dan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat. Jom audit diri. Apabila iman masuk di jiwa dan kita hidup mengikut hukum dalam al-Quran, maka indahlah kehidupan. Jika hidup bermasalah, audit diri dan iman serta audit sebanyak mana kita telah memberi manfaat yang diberikan kepada diri dan masyarakat.

Jika tertekan, audit iman kita kepada Allah dan hari kiamat, serta lihat amalan kita. Mengadu kepada Allah apabila ada masalah bukan bercerita kepada orang lain. Allah Maha Besar. Orang mukmin ialah orang yang boleh dipercayai.

Jom audit diri dan refleksi diri. Jom audit diri sama ada kita telah melakukan semua rukun iman dan lihat amalan kita, lihat percakapan dan lihat pemikiran kita. Henti melihat orang dan jom audit diri.

Sumber: Utusan Online 24/11/2013

Monday, November 24, 2014

KELEBIHAN IBADAH UMRAH

   

Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. 

 Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)


Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:-
 

1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.

 Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

"Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
 
3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
 
4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
 
5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
 
6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan

ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT (Bhg. 3)



 
..........Sambungan dari : Bahagian 2
Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunannya. Manusia tidak sunyi daripada salah dan silap, maka perlu selalu bertaubat. Allah yang sifatnya Maha Penerima taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya.

Namun, ada antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Itupun masih bernasib baik kerana Allah memberi kesempatan bertaubat sebelum didatangi maut.

Sebab itu Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang salih serta hampir dengan Allah.

Maha Bijaksananya Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu ke usia tua.  Ini kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama. Allah boleh menjemput yang muda, apalagi yang tua.

Orang muda mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosakkan dan perkara maksiat, malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan banyak beramal salih. Inilah sebabnya Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat, kerana kalau orang tua yang bertaubat , maka itu sudah sepatutnya dia berbuat demikian. Wallahua'lam.

Saturday, November 22, 2014

CATATAN UMRAH PERTAMA

Corat-coret Umrah pertama kami suami isteri bersama ibu dan adik. Sebenarnya permulaan rancangan untuk mengerjakan umrah telah bermula sejak 2 tahun yang lalu. Macam-macam sudah kami survey pakej-pakej umrah yang ditawarkan. Suami pula ada ditawarkan untuk mengerjakan umrah bersama rakan-rakan lelakinya, tapi hasrat tersebut ditangguhkan apabila teringatkan saya yang belum lagi menunaikan umarah.

Saya pulak rasa berat hati nak pergi umrah suami isteri dengan meninggalkan anak kepada ibu yang pada masa yang sama menjaga adik yang kelainan upaya selepas kemalangan. Lagipun emak belum menunaikan umrah. Saya pernah menyimpan hasrat untuk membawa ibu terlebih dahulu ke Makkah sebelum saya menyusul. 

Pada masa yang sama kami cuba membuat tempahan dengan salah sebuah syarikat yg menawarkan pakej umrah, tapi hati macam nak ikut pakej dgn th tavel je.


Beberapa hari selepas tu, adik saya sms minta tolong survey cari sebuah kereta untuk kegunaan emak. dalam hati 


" Eh, ada duit adik aku ni" saya terfikirkan sesuatu

"Nak gi umrah tak?" tanya saya

"Boleh ke orang berkerusi roda gi umrah? takut menyusahkan je"

"Apa masalahnya, ramai je org berkerusi roda pergi.malah urusan pun lebih mudah kat sana"

"okey, nanti nak tanya Ma...kalau Ma nak ikut sekali boleh lah"

sepertinya segala perancangan ini sudah di atur oleh Yang Maha Kuasa, esoknya suami terus hubungi pihak Tabung Haji Travel utk membuat tempahan di saat akhir, manalah tahu kalau-kalau ada kekosongan sbb selalunya musim cuti sekolah cepat je penuh.

Alhamdulillah..memang Allah yang sediakan untuk kami, ada 4 kekosongan. katanya ada jemaah yg batalkan tempahan. terima kasih ya Allah atas jemputan Mu. Kami siapkan segala keperluan secepat mungkin termasuk menghadiri kursus umrah dan amali di masjid berhampiran.



 Hadapan Pintu Baabus Salam Madinah. Gambar ni di ambil sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Madinah.


Kami bertolak dari KLIA pada pukul 7 pm (waktu Malaysia) , dan tiba di madinah pada pukul 10.00 pm, (waktu madinah) , waktu malaysia 3.00pm , jadi kami berniat untuk jamak ta'khir maghrib dan isyak di Madinah. Mutawwif sudah berpesan supaya solat Jama'k di hotel sahaja, tapi suami tidak sabar-sabar untuk solat di Masjid Nabawi. So, lepas check-in dan ambil makanan, saya dan suami keluar dari hotel untuk ke masjid. Hotel kami bersebelahan dengan pintu masjid je. Cuma, kami tak tahu yang selepas pukul 12 malam semua pintu masjid ditutup kecuali pintu Babussalam. Pintu ni di khaskan untuk lelaki sahaja. 

Suami bantu saya cari tempat untuk solat, tapi semua pintu untuk jemaah wanita di tutup. Pusing-punya pusing tak jumpa. Tanya pak Arab yang bertugas di Babussalam, katanya ada pintu belakang ( ntah pintu mana tak tahu, sebab first time jejakkan kaki ke Masjid Nabawi). Sebab dah lewat malam, suami lepaskan saya sorang-sorang pergi cari pintu tu. En Suami ni dah excited sangat nak masuk dan solat, tak dihiraukan dah kita nie yang tak tahu nak solat kat mana. Kononnya diminta nya saya pergi sendiri dan janji jumpa depan pintu Babussalam 1 jam kemudian.  Pergi lah saya sorang-sorang pusing bangunan melalui pintu belakang Babussalam, samua pintu tutup. Semua pak Arab yang lalu-lalang pandang semacam. Agaknya pelik ada minah Malaysia merayau tengah-tengah malam sorang-sorang. Hati mula rasa cuak, sedih pun ada di tinggalkan sorang-sorang. Dalam hati berbisik " Baik solat dengan Mak di bilik kalau macam ni

Last sekali solat lah saya di kaki lima depan Babussalam, bawah tiang payung automatik (rujuk gambar dibawah) yang biasanya terbuka waktu siang. Kebetulah ada sorang minah Arab tengah solat, taklah jakun sangat. Dekat satu jam setengah jugak lah menunggu ket depan Babussalam sambil memberi salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W dan 2 sahabat baginda,  berselawat dan berzikir. huhuhu... :(


Payung-payung sekitar perkarangan luar masjid Nabawi

Seperti biasa, rutin kami pukul 3 pagi atau 3.30 pagi kami sudah bertolak ke Masjid. Kat sana ada 2 azan, azan pertama untuk kejutkan kita solat malam dan segera ke masjid. Sementara menunggu azan kedua iaitu menandakan masuknya waktu subuh sempatlah solat tahajjud, tasbih, baca al-Quran dan sebagainya.


Bonda khusyuk membaca al-Quran sementara menunggu waktu solat Dhuha

Kami keluar masjid biasanya selepas waktu Dhuha, selepas matahari dah meninggi. Time tu elok-elok je waktu sarapan di hotel. Orang pun tak ramai sangat. Selepas sarapan biasanya kami mengikuti program yang telah di aturkan mengikut jadual oleh pihak Tabung Haji Travel. Biasanya kalau di Madinah antaran program yang diaturkan ialah lawatan ( dan solat) ke Raudhah ( bagi lelaki boleh pergi sendiri hari-hari setiap 5 waktu solat sebab ia terletak dalam kawasan solat lelaki) bagi wanita, melawat ke perkuburan Baqi', Masjid Quba', Masjid Qibtalain' ( masjid 2 kiblat), jabal Uhud, Pasar Kurma dan kawasan sekita Madinah. Makan Rasulullah dan 2 sahabat nabi kami (wanita) cuma boleh melawat sekitar luar masjid je. Sebab sekarang kaum wanita sudah tidak dibenarkan masuk. Huhuhu.. Nampak kubah hijau pun jadilah.



 Imej Masjid Quba'

Masjid Quba 'merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad SAW yang dibina oleh Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad SAW tiba, ini bermakna sehingga hari ini ( 1432 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1432 tahun Hijrah.


Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. batu asas pertamanya yang di laksankan oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Masjid Quba di bina oleh Baginda SAW dengan Hadzrat Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar.

Nabi Muhammad SAW dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Hadzrat Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana

Dari riwayat As Syimus binti An Nu'man, Baginda SAW memikul batu-bata sendiri sehingga bongkok tubuhnya disamping tubuh baginda dipenuhi debu dan pasir, Nabi SAW tidak mahu Para Sahabat RA mengambil beban yang baginda SAW bawa dan menyukai Para Sahabat RA bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain.

Dengan kudratNya, Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri yang turut mencurah tenaga memulai kerja asas pertama pembinaannya sehingga membolehkan Masjid Quba di gunakan dimana bahan binaannya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma.

Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina setelah Masjidilharam Makkah. Di masjid inilah Nabi SAW dan Para Sahabat RA menunaikan solat Jumaat yang pertama sekali berlaku di muka bumi, ia itu pada hari Jumaat bersamaan 27 September 622 Masehi.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

 "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah". [HR Ibn Majah]


 Alhamdulillah kami sempat menunaikan solat Tahiyatul MAsjid dan Solat Dhuha di Masjid Quba. Tapi kena ambil wudhuk awal-awal di hotel tau, tak boleh ambil wudhuk di masjid ni, fadhilat nya tak sama.

Dan Rasulullah SAW suka mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu dan Rasulullah SAW bersolat Dhuha dalamnya. Jadi selain kita Solat Tahiyatul Masjid kita juga digalakkan melakukan sekali Solat Dhuha semasa dibawa oleh pihak travel


Menu di Safwa Royal Hotel..Alhamdulillah, sedappp!!

Selepas 3 hari di Madinah, tibalah masa untuk kami mengerjakan UMRAH pertama yang wajib atas kami bagi yang belum mengerjakan umrah. Bagi yang dah pernah buat umrah, kiranya Umrah tersebut sunat ke atas mereka. Selepas bersiap-siap dan mandi sunat Ihram dan solat sunat ihram di hotel ( solat di tempat Miqat pun boleh) , kami memulakan perjalanan menuju Baitullah, Kiblat umah Islam seluruh dunia yang kita semua mengadap sewaktu solat. Bermaca-macam perasaan bermain di hati, sedih dan sayu pun ada meninggalkan bumi Madinah. Excited untuk melihat Ka'abah buat pertama kali pun ada. 

Kami berniat Umrah di Bir Ali yang terletak lebih kurang 9km dari Kota Madinah. Selepas niat Ihram, proses umrah kami sudah bermula dengan niat, tawaf, saie dan bertahallul ( bergunting/ bercukur bagi lelaki). Sepanjang perjalanan kami bertalbiah beramai-ramai di dalam bas sepanjang menuju ke Baitullah. 



Alhamdulillah perjalan umrah kami diurus dengan baik oleh pihak Tabung Haji. Bas kami selesa dan berair-cond, jadi taklah panas sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam. Disebabkan bas kami bergerak melebihi had laju ( sempat kena saman pulak tu tengah-tengah Highway) maka kami sampai ke Makkah dalam masa 6 jam je. 

Sampai sahaja di Makkah, kami terus check-in hotel dan berkumpul di lobi untuk bertolak ke Baitullah mengerjakan tawaf umrah. Mutawwih terpaksa membawa rombongan tawaf di aras bawah, tetapi kami yang membawa adik berkerusi roda diminta mengerjakan tawaf melalui mataf di tingkat paling atas. Masalahnya, tingkat atas tu hanya 2 orang pengiring je dibenarkan, Bincang punya bincang, mak decide nak iku rombongan tawaf aras bawah ( dekat dengan ka'abah). Risau juga nak jumpa semula macam mana dengan emak. Nak janji jumpa kat lobi/ bilik takut emak tak pandai naik lif. Tapi, emak cakap tak apalah, jumpa lah nanti tu. Semuanya serah pada Allah. Seorang mutawif indon disediakan khas untuk kami bersama seorang lagi jemaah yang membawa ibunya yang berkerusi roda. 

Allahu Akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Betapa diri ini terasa suatu kerahmatan bila dapat menyaksikan kaabah dihadapan mata. Sambil mencari-cari laluan wheelchair ke kawasan tawaf sambil mata dan jiwa ini beriringan bersama kaabah. Dari satu laluan ke satu laluan. Semuanya dijaga oleh askar. Dan askar-askar ini tak membenarkan kami turun ke dataran kaabah. Kenapalah pulak, kalau boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab kan senang.

Alhamdulillah, selesai tawaf kami terus mengerjakan Saie dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali ulang-alik. penat tak terasa sangat, tapi bila balik ke hotel rasa kejang tapak kaki. Bukan apa, sebab Mutawwih tu laju sangat bawak kami. Untuk first time ni, kami terpaksa ikut mutawwif sebab tak tahu lagi lokasinya. Selesai saie, kami terus dibawa terus ke Kedai gunting rambut untuk bercukur. Bagi yang perempuan dah siap bergunting di Bukit Marwah lagi.



Tahallul ( menggunting rambut)...Selesai sudah Umrah


Selesai sudah umrah pertama kami, sekarang fikir mana nak cari emak. Memang betul, jika kita yakin dan minta pada Allah 100 peratus semua urusan jadi mudah. Allah merancang yang terbaik buat kami. Sebaik keluar dari bangunan Menara Zam-zam,  kami nanmpak kelibat emak yang baru tiba ke menara tersebut. Alhamdulillah, emak pun macam terkejut sebeb tak sangka terus jumpa kami depan pintu sebaik selesai umrah.

Pihak Travel menyediakan 3 kali umrah, umrah kedua kami berniat umrah di Ja'ranah dan Tannaim. Kalau nak buat lebih, kena pergi sendiri lah dengan teksi untuk niat umrah di Miqat samada di Ja'ranah, Tannaim atau Hudaibiyah. Antara setiap umrah itu penghapus dosa. 


Pemandangan dari bilik hotel kami. Nampak sebahagian Masjidilharam

Alhamdulillah, walaupun kami perlu solat tingkat atas (sebab bawa adik berkerusi roda), kami sentiada dapat solat di saf bahagian hadapan dan dapat melihat a'abah depan mata. Allahuakbar!!! Saf antara lelaki dan wanita pun tak jauh, jadi lepas solat senang lah kami berkumpul untuk membaca al-Quran di suatu tempat. Berada di Makkah ni perlu banyak bersabar. Kami perlu beratus panjang bila nak masuk atau keluar masjid, sebab orang sentiasa ramai

Kelebihan berada di tanah suci ini, lidah kita masin. Hanya tanamkan hajat dalam hati, insya’ Allah tertunai. Tapi ujiannya di sana sentiasa ada.Contohnya bila kami berhajat mencari emak, kita mohon pada Allah.Tak lama lepas tu jumpa. Kita sakit-sakit badan, mohon dihilangkan lenguh-lenguh itu, alhamdulillah sihat sehingga mampu menyempurnakan lengkap tawaf sunat padahal pada asalnya hampir-hampir nak batalkan niat bertawaf, kemudian niat bertawaf seberapa pusingan yang mampu tapi akhirnya dapat bertawaf tujuh pusingan sekali gus.
 Ustaz ada pesan, tawaf lah sebanyak mungkin sebab Rasulullah adalah orang yang paling banyak melakukan tawaf sunat. Pada masa yang sama 70 ribu malaikat juga sedang bertawaf bersama kita di Baitul Ma'mur di langit yang ke-tujuh. Kedudukan Baitul Ma'mur adalah bertepatan dengan Baitullah al-Haram. Jadi Multazam itu di percayai tiang  yang menghubungkan Baitullah al-Haram dan langit yang ketujuh ini.



Hari kedua kami di Makkah merupakan hari pembersihan di bahagian dalam Ka'bah

Perbersihan Ka'abah biasanya dilakukan dua kali setiap tahun, iaitu pada pertengahan bulan Sya`ban sebagai persiapan menghadapi musim Umrah pada bulan Ramadhan, dan pertengahan Dzulqa`idah sebagai persiapan menyambut jamaah haji. Hari kedua kami disini , merupakan hari pembersihan Ka'abah. Kaabah biasanya dicuci dengan air zamzam yang dicampur dengan mawar Thaif dan Anbar, Nizar As-Syaibi, putra tertua keluarga pengurus Masjidil Haram Syeikh Abdul Aziz As-Syaibi, menyebut; pencucian Kaabah merupakan tradisi yang disunnahkan namun tidak harus dilakukan pada waktu tertentu. Secara umumnya, Rasulullah pernah sekali mencuci Kaabah pada bulan Sya`ban

Pemandangan Ka'abah dan Mataf dari tempat solat tingkat 1



Pemandangan di Hadapan Multazam dan Makam Ibrahim. Alhamdulillah diberi peluang solat di sini


Antara tempat mustajab untuk berdoa adalah di Multazam.  Mustazam merupakan tempat antara Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah. Waktu yang paling mustajab untuk berdoa ialah di pertengahan malam hingga azan subuh.

Kawasan Sa'ie ( En.Suami, ibu dan adik)

Tempat Minum Air Zam-zam

Begitulah sedikit catatan saya sebagai insan yang kerdil dalam agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Umrah.
Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik  itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian kita ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt.

Alhamdulillah selamat tiba di Tanah Air. Bilalah agaknya kami akan dijemput kembali

Friday, November 21, 2014

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

Alhamdulillah..syukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi rezeki menyedut oksigen untuk terus hidup. Dah ada peluang ni, selagi ajal belum menjemput, jom kita sama-sama menghafal al-Quran ( bagi yang bukan Hafiz macam saya lah). Teknik nie saya jumpa dari blog, tapi tak ingat dah blog mana, lain kali saya bagi link...hehehe, maaf ye tuan blog, lain kali saya edit..masa tak mrngizinkan. Antara yang dikongsikan:

1.DOA PEMBUKA

 Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah.Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.

Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.  

Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya.

5.DOA PENUTUP

Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.

Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu, disarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

Saranan supaya baca al-Quran dari Mushaf yang sama supaya kita tidak keliru dan sengan mengingat semasa membuat hafalan.

Berapa lama kita boleh khatam al-Quran? Cuba rujuk pada jadual di bawah. Walau kita baca 1 ayat sehari pun kita masih boleh khatam 30 juzuk al-Quran selepas 17 tahun. Memang nampak lama, tapi cuba hitung umur kita yg berlalu begitu sahaja. Kalau 10 atau 20 tahun lepas kita dah mula menghafal, tentu sekarang kita dh jadi hafiz. InsyaAllah..
BIIZNILLAH

Wednesday, November 19, 2014

BUBUR ASYURA (SUGHO) KELANTAN

MERAIKAN BULAN MUHARAM !!!

Majlis gotong-royong membuat bubur As-Syura peringkat jabatan. Banyak pendapat dan pandangan tentang sambutan majlis As-Syura ni, ada yang positif dan ada yang negatif. Saya tak nak hurai panjang lebar tentang hal itu, korang boleh lah tanya En.Google ye, banyak blog dan web yang membincangkan isu ini. Yang penting kat sini kita tengok macam mana bubur As-Syura di Kelantan disediakan. Resepi ni saya dapat dari Tokey Sugho Gua Musang ( diberi gelaran Pok Yie) dan di campur aduk dengan resepi dari Ibu Mertua saya, jadi harap Pok Yie tak marah lah ye kalau saya 'menderhaka' kat resepi Pok Yie. Hehehe.. Kalau Pok Yie baca naya saya. Kite tengok apa bahan-bahan nya:

BAHAN-BAHAN UNTUK 1 KAWAH:


Beras 8 kilo - dicuci dan ditoskan terlebih dahulu.
Kacang hijau 5 kilo- digoreng dan dimasak bersama nasi dalam kawah
Jagung manis 5 kilo- separuh dimesin separa hancur dan separuh lagi tak perlu supaya nampak kuning-kuning biji jagung bila bubur dah masak nanti.Terpulang kepada selera dan boleh letak jagung manis dalam tin untuk lebih sedap
Ubi Manis/ Keledek 5 kilo - dibuang kulit dan potong kecil-kecil
Rempah Asyura 1 kilo setengah - ditumis bersama rempah dan bawang(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
Kayu Manis anggaran sekekak  -digoreng terlebih dahulu dan dimesin untuk ditumis bersama rempah asyura
Ketumbar anggaran 1 senduk besar - digoreng dan diblend hancur, dimasukkan bersama kerisek ke dalam bubur.
Halia, serai 1 ikat besar, lengkuas - dimesin dan ditumis. 
Bawang merah 6 kilo - di hiris nipis dan ditumis 
Bawang putih 1 kilo - dihiris nipis dan ditumis  
gula melaka 1 kilo  - 1paket besar
Gula 8 kilo- bergantung tahap kemanisan disukai  
Santan 7 kilo - atau diambil dari 20 biji kelapa
Lada hitam 100gm - dimesin halus
Garam secukup rasa - biasanya 4 genggam orang dewasa.
Daging ayam/lembu 4 kilo ( ikut selera)-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
Kelapa 1 biji - dibuat kerisek


 BAHAN HIASAN:

Beras yang disangai dan di kisar halus. Di tabur di atas bubur asyura yang telah sejuk
atau:
Kelapa Parut yang disangai dan dimesin halus ( gaul bersama sedikit gula dan garam), tabur di atas bubur asyura yang sejuk


CARA MENUMIS:
  1. Panaskan minyak dalam kuali besar. kalau dibuat untuk beberapa kawah perlu tumis bahan-bahan ni dalam kawah sebab terlalu banyak.
  2. Bila minyak dah panas, masukkan kayu manis yang dimesin tadi. tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan halia yang diblend hancur. Tumis sehingga pecah minyak
  4. Kemudian, masukkan bawang putih yang dihiris, tumis sehingga kekuningan
  5. Masukkan lengkuas dan serai yang diblend.
  6. Masukkan bawang merah yang dihiris dan gaul rata sehingga sebati.  
  7. Masukkan rempah asyura dan lada hitam, gaul rata dengan sudip kayu panjang. Tumis sehingga bawang layu. Tambahkan sedikit air.
  8. Masakkan bahan tumisan ini sehingga semua bahan-bahan telah naik bau dan pecah minyak. Selepas itu bolehlah di masukkan ke dalam kawah, biasanya selepas 3 jam memasak bubur, bahan-bahan rempah ini dimasukkan.

 Ketua Tukang Masak ( Pok Yie) memerhatikan kakitangan menumis halia dan bawang putih
 
Bahan-bahan tumisan
 
Bawang merah dikaup-balik dalam kawah. Jangan terkejut pulak, yang ini bukan untuk 1 kawah, tapi 5 kawah sebab tu bawang merah ni banyak.
 
Waktu ni rempah asyura dah dimasukkan dalam kawah tumisan.
 
Last skali tambah air . Tumis lagi sehingga separuh dari bahan asal 

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  1. Beras dicuci dan direbus dalam kawah bersama air. Air tu pandai-pandai agak lah ye, asalkan tak melimpah keluar
  2.  Apabila sudah mendidih seketika, masukkan kacang hijau yang sudah disangai. Biarkan sehingga beras masak dan kacang empuk.
  3. Masukkan ubi keledek/ ubi manis ke dalam kawah. Kawah ni kena sentiasa kacau tau, kalau tak hangit berkerak lah kat dasar kawah tu.
  4. Boleh masukkan jagung dan kacau lagi
  5. Masukkan daging yang telah dicarik halus ke dalam kawah. Kacau hingga sebati.
  6. Agak-agak lepas 3 jam duk mengayuh kawah tu, bolehlah masukkan bahan tumisan tadi.
  7. Waktu ni nasi pun dah masak, dah ada rupa bubur ayura dah. Kacau untuk seketika
  8. Masukkan santan, gula melaka dan gula pasir sedikit demi sedikit. Perlu berhati-hati, nantikan isi kawah tu melimpah keluar pulak.
  9. Kacau sehingga bubur betul-betul pekat dan likat. Boleh di tambah kan ketumbar yang dimesin tadi bersama kerisek. 
  10. Tambahkan garam.
  11. Masak bubur asyura ni anggaran 8 hingga 9 jam bergantung kepada jenis beras digunakan. Agak-agak dah betul-betul masak dan likat tu bolehlah angkat , masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
  12. Bila dah sejuk, boleh ditaburkan bahan hiasan di atasnya.
Bubur Asyura yang hampir masak.

 
There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika