TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

Alhamdulillah..syukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana kita masih lagi diberi rezeki menyedut oksigen untuk terus hidup. Dah ada peluang ni, selagi ajal belum menjemput, jom kita sama-sama menghafal al-Quran ( bagi yang bukan Hafiz macam saya lah). Teknik nie saya jumpa dari blog, tapi tak ingat dah blog mana, lain kali saya bagi link...hehehe, maaf ye tuan blog, lain kali saya edit..masa tak mrngizinkan. Antara yang dikongsikan:

1.DOA PEMBUKA

 Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah.Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.

Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.  

Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya.

5.DOA PENUTUP

Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.

Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu, disarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

Saranan supaya baca al-Quran dari Mushaf yang sama supaya kita tidak keliru dan sengan mengingat semasa membuat hafalan.

Berapa lama kita boleh khatam al-Quran? Cuba rujuk pada jadual di bawah. Walau kita baca 1 ayat sehari pun kita masih boleh khatam 30 juzuk al-Quran selepas 17 tahun. Memang nampak lama, tapi cuba hitung umur kita yg berlalu begitu sahaja. Kalau 10 atau 20 tahun lepas kita dah mula menghafal, tentu sekarang kita dh jadi hafiz. InsyaAllah..
BIIZNILLAH

Comments