Monday, May 11, 2015

OBSES DENGAN LUNCH BOX



 ( Nampak benar tipunye..saya punya lunch box xdelah sampai deco 
Kucing macam nie...) tq. En Google !

Kali nie nak bercerita tentang keobsesianku ( memang nak kena dengan cikgu Bahasa Melayu ni...) terhadap lunch box untuk anak-anak ke sekolah. Ini pun sejak dapat idea dari seorang ibu menerusi laman sosial FB ( tapi memang dah lupa namanya) yang memang setiap hari menyediakan lunch box untuk anak-anaknya. Bukan setakat menu yang sihat tetapi kreatif dan menarik. Kalau anak-anak saya pun suka macam tu.

Saya tersangatlah kagum dengan ibu muda tersebut. sangat komited mewariasikan lunch box anak-anaknya. Bertitik tolak dari itu, si ummi ni pun mulalah berazam untuk masak sendiri pagi-pagi supaya 3 anak yang berada di sekolah rendah mendapat makanan berkhasiat. 

Kat sekolah bukannya kita tau diaorang beli apa. Lagi-lagi kalau si Angah dan Achik, ermmm..kat rumah pun kena jengilkan mata dulu baru nak makan nasik, inikan kat sekolah. Macam-macam makanan kegemaran ada...
  • hotdog
  • burger
  • jajan ( makanan segera dalam paket)
  • snek
  • gula-gula
  • aiskrim
  • dll
So, keesokannya terus saya berpagi-pagian lepas qiam dan solat subuh, berkungfu kat dapur. Rupa-rupanya anak-anak seronok bila umminya bekalkan makanan setiap pagi..huhuhu...(ingatkan depa lagi suka beli kat kantin)..
Petang lepas sekolah siap pesan, esok ummi masak lagi ye untuk bekal ke sekolah. Letak banyak sikit, Achik kongsi dengan kawan Achik.

" Kenapa, kawan achik tak bawak duit ke..tak bawak bekal ke?"

"Dia bawak seringgit je ke sekolah..kadang-kadang tak bawak duit langsung..bekal pun tak bawak"

Huhu..sedih pulak..Alhamdulillah dapat anak yang pandai erti memberi dan berkongsi. Walaupun nakalnya tahap gaban, tapi dia tak lokek. Ok...esok taruk lebih untuk lunch box Achik. 

Petang lepas habis kerja, terus singgah pasaraya cari compartment yang lebih menarik. Alhamdulillah, ada yang 3 compartment dan siap dengan set fork & spoon lagi...mesti seronok anak-anak nie.

Betullah...esoknya bila saya bekalkan dia orang dengan perbagai vasiasi menu, siap pesan suruh buat menu macam tu tiap-tiap pagi..Fuhh, semoga ummi mu diberikan kerajinan dan kudrat setiap hari. :)

Setakat nie dah hampir sebulan konsisten dengan lunch box setiap hari untuk anak-anak. InsyaAllah akan diteruskan selagi mampu...

 **Gambar lunch box memang tak sempat nak ambik. Sebab pagi-pagi memang busy giler dgn nak urus 6 orang anak, en Suami lagi + diri sendiri yang nak ke tempat kerja. :)


---Ummu Awisy---

Sunday, April 26, 2015

MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU






Makanan sunnah adalah sumber terbaik untuk penyusuan susu ibu. Saksikan Montaj Qaseh Gold Adinda 
untuk tatapan anda semua.


Untuk Tempahan QASEH GOLD sila klik DI SINI



QASEH GOLD - MAKANAN SUNNAH TERBAIK


Tahukah anda bahawa setiap gejala dan penyakit itu berpunca dari ketidak seimbangan dan kekurangan zat-zat mineral yang lengkap


Minuman Herba berkonsepkan formulasi makanan sunnah dengan kurma, madu tiin, zaitun, habbatus sauda, delima air zam zam dan pelbagai ramuan herba terbaik yang padat dengan khasiat untuk tenaga dalaman dan luaran.

**

INSYAALLAH membantu mengatasi masalah berikut :

  • Meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Keletihan/kelesuan
  • Batuk/sakit tekak
  • Selsema
  • Asma
  • Gastrik
  • Gout
  • Migrain
  • Buasir
  • Resdung
  • Sembelit
  • Tekanan darah tinggi
  • Haid yg tidak teratur/keputihan
  • Kurang keinginan seksual
  • Anemia
  • Kebas-kebas ringan
  • Susah tidur
  • Sakit sendi
  • Sakit tumit
  • Stress
Kajian mendapati bahawa Makanan Sunnah adalah suppliment terbaik kerana mempunyai Ciri-Ciri Berikut:
 ANTI OKSIDAN
  • Anti Oksidan berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel dan meningkatkan kuasa sistem imun tubuh.
  •  Kebaikan Anti Oksidan :
  • Mengekalkan perjalanan darah yang baik kepada organ tubuh.
  • Awet Muda.
  • Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Menguatkan sistem imun.
  • Mengawal tekanan darah
  • Menjadikan tubuh sihat dan bertenaga.
 ANTI BAKTERIA



Energy & Mind Booster
  • Makanan yang kaya dengan glukos dan fruktos
  • Makanan yang membantu memperbaiki perjalanan darah.
  • Kaya dengan mineral Zat besi, potasium, magnesium.
  • Dapat menstabilkan mood dan memperbaiki kualiti tidur.

KENAPA HARUS MEMILIH QASEH GOLD?

 

1. IMP-ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE


Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. 
Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci 
 dan halal.


Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara 
keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan
 manusia tidak mengetahuinya……” 


2. PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUMIPUTERA ISLAM YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1983


Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan
 pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. 

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa 
 dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan 
piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat. 
 

3. LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA!

Mengapa perlu beli satu masalah satu produk?Mengarut bukan?
Insyallah Qaseh Gold sudah terbukti keberkesanannya berdasarkan
testimoni-testimoni daripada pelanggan.

4. CARA PENGAMBILAN YANG SANGAT MUDAH.

Qaseh Gold berbentuk cecair jus amat mudah di minum, hanya 2 sudu sebelum tidur pada waktu malam dan 2 sudu sebelum sarapan.

5. VARIASI QASEH GOLD MENGIKUT KEPERLUAN BADAN.


Qaseh Gold
Untuk Harga
Qaseh Gold Junior Qaseh Gold Junior Kanak-kanak berumur 1 - 12 Tahun RM 60.00
Qaseh Gold Kekanda Sesuai diambil Lelaki berumur 13 tahun ke atas RM 71.90
Qaseh Gold Adinda Sesuai diambil Perempuan berumur 13 tahun ke atas RM 71.90


TESTIMONI PENGGUNA

































Pn. Ku Rosliza : 16 Tahun Tidak Mendapat Zuriat

Pn. Ku Rosliza telah berkahwin selama 16 tahun dan belum dikurniakan zuriat beliau dan suami telah cuba mendapatkan bantuan pakar. Ternyata kedua-dua suami-isteri tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Juga ada mencuba kaedah rawatan lain tetapi masih tidak berhasil.

Pada mulanya diperkenalkan kepada Qaseh oleh rakan beliau untuk mengatasi masalah keletihan yang beliau alami dalam profession seorang penjahit. beliau juga mengalami masalah keputihan yang tidak dapat penyelesaian walaupun telah rujuk dari doktor. Beliau mencuba Qaseh sekitar 2 botol, beliau dapati beliau semakin cergas dan masalah keputihan dapat diselesaikan. Tetapi, berita yang paling gembira diterima oleh beliau apabila beliau disahkan mengandung! Alhamdulillah kini Pn. Ku Rosliza akhirnya bergelar ibu dan menimang cahaya mata sendiri.

LIHAT VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=Ph4ZfkvgzvE&feature=plcp



En. Razali : Gout Athtritis Yang Serius

Pada 2004, En. Razali disahkan menghidap penyakit gout oleh doctor dan telah dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan pengesahan. Setelah menjalani pemeriksaan kali kedua, beliau telah disahkan menghidap gout athtritis yang parah. Pada mulanya En. Razali sukar bangun dan tidur serta menjalani rutin harian. Jika hendak berjalan, En. Razali terpaksa menggunakan tongkat.

Meskipun sering mengambil ubat yang diberi oleh doctor, namun kesihatan beliau menjadi semakin teruk. Malah beliau hamper lumpuh dan pada suatu tahap, beliau tidak mampu bekerja untuk menyara keluarganya. Ini menyebabkan emosi beliau menjadi lebih terganggu dan beliau sukar bergaul dengan orang di sekelilingnya.

Setelah diperkenalkan kepada Qaseh oleh rakan sahabat beliau Ust. Wan Akashah, En. Razali komited mengamalkan Qaseh. Pada peringkat awal, keadaan beliau menjadi cukup sihat untuk beliau mula bertugas semula, walaupun perlu menggunakan tongkat. En. Razali terus mengamalkan Qaseh secara konsisten setiap hari dan kesihatannya terus beransur pulih sehingga beliau dapat menjalankan aktiviti harian beliau seperti biasa. Bayangkan kelegaan dan kegembiraan yang dirasai oleh diri beliau dan keluarga beliau sebelum ini pasrah melihat keadaan beliau yang terlantar. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan kepada En. Razali, moga beliau terus bahagia bersama keluarga!





Pn. Noriah : Masalah Lutut

Pn. Noriah telah lama mengalami masalah lutut yang mengakibatkan beliau sukar berjalan, sujud ketika solat, dan menjalankan aktiviti harian. Beliau sering berasa sakit seolah dicucuk ketika melakukan aktiviti-aktiviti harian tersebut. Pn. Noriah telah mencuba berbagai kaedah perubatan moden lain dan pulih buat seketika. Namun, keadaan ini tidak kekal dan keskitannya kembali selepas itu.

Setelah diperkenalkan kepada Qaseh Adinda oleh anaknya, Pn. Noriah mencuba dengan bersungguh-sungguh pemakanan sunnah ini. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah tiga hari mengamalkan Qaseh, beliau tidak lagi berasa sakit pada lututnya, dan ini membolehkan beliau menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan lebih mudah dan cergas. Pn. Noriah kini telah pulih sepenuhnya, namun masih mengamalkan pemakanan Qaseh kerana yakin terhadap manfaat dan faedah yang terkandung dalamnya.





Pn. Ajurun Begum : Paras Hemoglobin Rendah

Ketika mengandungkan anak keenam, Pn. Ajurun sering berasa pening-pening dan lemah. Setelah menjalani pemeriksaan doctor, beliau telah diberitahu bahawa paras hemoglobin (darah merah) sangat rendah iaitu pada bacaan 8.7 dan bukannya 10.7 iaitu tahap normal. Beliau telah disarankan mengamalkan diet yang mengandungi zat besi seperti kerang, hatia ayam dan organ dalaman untuk menaikkan paras darah merahnya. Namun bacaan darah merahnya meningkat sedikit sahaja iaitu kepada 8.9 dan ini masih di bawah tahap normal.

Akibat keadaan ini Pn. Ajurun yang dahulunya terkenal sebagai guru yang amat komited dan  cergas, tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang duru yang eifsien. Beliau sukar ke kelas, mengangkat buku dan tidak secergas dulu dalam menjalankan aktiviti pendidikan.

Beliau terdengar mengenai Qaseh dan demi memulihkan kesihatan beliau serta mengembalikan semangat  mengajar, beliau mengamalkan produk ini dengan serius, dan Alhamdulillah setelah tiga minggu pertama bacaan darah beliau telah naik sehingga ke paras 10.7 iaitu paras normal. Hasilnya, beliau berasa semakin sihat dan cergas,dan kualiti kerja beliau juga telah pulih seperti sediakal. Bacaan darah beliau telah kekal pada paras tersebut sehingga beliau selamat melahirkan anak keenamnya. Walaupun terpaksa kembali bertugas semasa masih dalam pantang, Pn. Ajurun masih bertenaga dan giat menjalankan tugasnya.





Pn. Siti Norbashirah : Hyperthyroid

Pn. Siti telah menghadapi masalah hyperthyroid selama hamper dua tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau sering menggigil ketika melakukan sebarang tugas serta jantungnya sering berdebar dengan laju. Ketika mengandung, beliau sering berasa sakit hendak bersalin awal.

Setelah bertemu dengan doctor, beliau diberitahu bahawa beliau mengalami masalah keputihan yang teruk. Ubatan yang diberikan oleh doctor langsung tidak berkesan sehingga doctor menyarankan agar beliau bersalin awal. Ini menyebabkan Pn. Siti bimbang dan susah hati memikirkan kandungannya.

Setelah diperkenalkan kepada Qaseh, Pn. Siti mula mengamalkan gabungan makanan tersebut dan selepas tiga hari beliau mula berasa semakin sihat dan masalah keputihan yang dialaminya telah tiada. Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan, doctor mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mengalami masalah keputihan. Pn. Siti juga diberitahu bahawa masalah hyperthyroid dan keputihan yang telah dialaminya sejak dua tahun lalu kini telah hilang.

Pn. Siti terus mengamalkan Qaseh Adinda dan Alhamdulillah telah selamat melahirkan anaknya tanpa sebarang komplikasi. Semoga beliau bahagia bersama keluarga dengan kesihatan yang dikurniakan, insya Allah.





Pn. Robaayah : Sukar Berjalan Setelah Mengalami Kemalangan


Pn. Robaayah telah terlibat dalam kemalangan besar yang menyebabkan sebahagian daripada kakinya hancur. Demi menyelamatkan kakinya, para doctor telah menggunakan jalur-jalur besi untuk isi dan tulang pada kaki beliau. Ini menyebabkan Pn. Robaayah mengalami kesakitan yang amat sangat bukan sahaja ketika menjalani pembedahan, malah semasa menjalankan pemulihan fisioterapi.

Kemalangan yang menimpa Pn. Robaayah bukan sahaja telah menyebabkan beliau menderita secara fizikal, malah secara mental juga. Beliau mula menyisihkan dirinya daripada ahli keluraga dan rakan-rakan, tidak menerima panggilan dan mengelak daripada bertemu dengan sesiapa selain ahli keluarga terdekat sahaja.

Pn. Robaayah mula mencari pemakanan yang dapat membantu beliau bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan spiritual. Alhamdulillah, setelah mengambil Qaseh selama sebulan, semangat Pn. Robaayah kembali dan kesakitan yang dialaminya ketika berjalan telah berkurangan. Beliau mula melatih kaki tersebut berjalan dengan labih jauh untuk menguatkan kembali otot-otot kaki tersebut dan kini dengan izizn Allah beliau telah mendapat kembali tenaga dan semangat serta  dan memulihkan gaya hidup sosialnya kembali.





Pn. Maznah (Mak Teh) : Sakit Sendi dan Urat


Mak Teh mengalami sakit sendi sejak beberapa lama iaitu pada jari kaki dan juga pada bahagian tapak kaki. Keadaan ini menyebabkan Mak The sukar berjalan dan terasa seperti bahagian tapak kaki beliau seolah-olah ‘bulat’. Kaki beliau juga berwarna kemerahan dan sakit pada jari kakinya dirasai walaupun beliau tidak berjalan. Secara keseluruhannya, penyakit ini menjadikan kehidupan mak the agak terganggu kerana menghadapi masalah untuk bergerak.

Beliau diperkenalkan kepada Qaseh oleh seorang sahabat beliau dan setelah mengamalkan Qaseh sebanyak dua sudu setiap pagi, beliau mendapati bahawa beliau lebih mudah bergerak dan badan berasa lebih sihat. Secara beransur juga, rasa bengkak pada tapak kaki beliau hilang dan warna kaki beliau sudah kembali ke asal. Sakit sendi pada jari kaki Mak Teh juga hilang sepenuhnya dan beliau dapat berjalan seperti biasa.

Mak Teh bersyukur ditemukan dengan Qaseh dan mengesyorkan kepada semua untuk berikhtiar sebelum menyerah. Alhamdulillah, mudah-mudahan Mak Teh kembali cergas menjalankan aktiviti harian.



UNTUK TEMPAHAN , SILA KLIK DI SINI

Sunday, April 19, 2015

INFAQ WAQAF PEMBINAAN MADRASAH TAHFIZ AS-SYIFAA'

MENJANA GENERASI AL-QURAN

Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Allaah swt. sekalian.

-salam-

SUMBANGAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU TAHFIZ AS-SYIFAA'

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak madrasah amatlah mengalu-alukan sebarang bentuk kewangan bagi tujuan sebagaimana di atas.

2. Bangunan baru dicadangan untuk dijadikan kelas pengajian/pejabat/kediaman guru@warden/aktiviti/pelbagai.

3. Anggaran Kos Bangunan adalah sekitar RM500.000.00

4. Kepada yang sudi menyumbang bolehlah disalurkan ke akaun sebagaimana berikut ini:
Hubungi Mudir : Ustaz Ahmad Syarifuddin Ibrahim  ( 013-9870870 )

PUSAT TAHFIZ AS SYIFAA

CIMB 8601747915

Sekian hebahan.

Terima kasih atas perhatian,sokongan dan dorongan.
Wassalam.

Mudir Madrasah.


Selain Infaq Waqaf, anda juga digalakkan untuk menyumbang kepada Tabung Pondok As-Syifaa':

SUMBANGAN TABUNG PONDOK AS-SYIFAA'

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak madrasah amatlah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan/amal jariah/shadaqah jariah/buah fikiran/pandangan/sokongan dan dorongan untuk meneruskan khidmat kepada Agama Allaah SWT.

Pihak Pondok amatlah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk menampung kos pengoperasian.

  Bil Pelajar Sekarang : Sekitar 100 Orang
  Bil Guru : 5 Orang
  Yuran Pengajian : RM150
  Anak Yatim / Keluarga Dhoo'if : Percuma
  Sistem Pengajian [Tahfiz dan Diniyyah]

Semuanya adalah daripada sumbangan/shodaqah dan amal jariah mereka-mereka yang cintakan ilmu dan amal.

Sabda Rasuulullaah SAW.
كن عالما أو متعلّما أو محبّا أو مستمعا ولا تكن خامسا فتهلك

"Jadilah orang yang mengajar, atau yang belajar, atau yang mendengar(akan ilmu dan ulama'), atau yang mencintai(akan ilmu dan ulama'). Dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, akan hancurlah kamu!"

2- Kepada yang berkelapangan untuk menyumbang bolehlah berhubung dengan mudir madrasah;
Ustaz Ahmad Syarifuddin Bin Ibrahim  013 9870870
Jika sumbangan berbentuk wang ringgit bolehlah dimasukkan ke:

PUSAT TAHFIZ AS SYIFAA
 
BIMB 13017010826020
CIMB 8601747915  Untuk Pembinaan
MAYBANK 563019228995

Sekian hebahan.
Terima kasih atas perhatian,sokongan dan dorongan.
Wassalam.
MUDIR MADRASAH 

 
 Ma'had As-Syifaa' Litahfiizil Quraan Wata'liimih
Hadapan Masjid Kolam Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Thursday, April 16, 2015

HADIS TERUNGGUL KEKASIH ALLAH S.W.T

Salam pagi Jumaat.

- HADIS TERUNGGUL -

DARIPADA SAIDINA KHALID BIN AL-WALID RA BERKATA:
“TELAH DATANG SEORANG ARAB BADUWI KEPADA RASULULLAH SAW  DAN DIA MENYATAKAN TUJUANNYA:

WAHAI RASULULLAH...!
KEDATANGANKU UNTUK BERTANYA ENGKAU MENGENAI APA YANG AKAN MENYEMPURNAKAN DIRIKU DIDUNIA DAN AKHIRAT.”

RASULULLAH BERKATA KEPADANYA:
“TANYALAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.”

ARAB BADUWI ITU BERKATA:
AKU MAHU MENJADI ORANG ALIM.

BAGINDA MENJAWAB:
"TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT"

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU MENJADI ORANG PALING KAYA.”

RASULULLAH MENJAWAB:
“JADILAH ORANG YANG YAKIN PADA DIRI.”

BERTANYA LAGI ARAB BADUWI ITU:
“AKU MAHU MENJADI ORANG YANG ADIL.”

LALU DIJAWAB OLEH RASULULLAH:
“KASIHANILAH MANUSIA LAIN SEPERTI ENGKAU KASIH PADA DIRI.”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU MENJADI ORANG PALING BAIK.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JADILAH ORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU MENJADI ORANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH.”

DAN DIJAWAB OLEH RASULULLAH:
“BANYAKKAN ZIKRULLAH.”

ARAB BADUWI ITU BERTANYA:
“AKU MAHU SEMPURNAKAN IMANKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“PERELOKKAN AKHLAKMU.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUHSINI (BAIK). “

BAGINDA MENJAWAB:
BERIBADATLAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH ENGKAU MELIHAT-NYA DAN JIKA ENGKAU TIDAK BERASA BEGITU, SEKURANG-KURANGNYA ENGKAU YAKIN DIA TETAP MELIHAT ENGKAU.”

ARAB BADUWI BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG TAAT,”

LALU DIJAWAB BAGINDA:
“TUNAIKAN SEGALA KEWAJIPAN YANG DIFARDUKAN.”

DIA BERTANYA LAGI:
“ AKU MAHU BERJUMPA ALLAH DALAM KEADAAN BERSIH DARIPADA DOSA.”

RASULULLAH MENJAWAB:
“BERSIHKAN DIRIMU DARIPADA NAJIS DOSA.”

DIA TERUS BERTANYA:
“AKU MAHU DIHIMPUN PADA HARI KIAMAT DI BAWAH CAHAYA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MENZALIMI SESEORANG.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU DIKASIHI OLEH ALLAH PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA BERKATA:
“KASIHANILAH DIRIMU DAN KASIHANILAH ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
AKU MAHU DIHAPUSKAN SEGALA DOSAKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“BANYAKKAN BERISTIGHFAR.”

DIA BERKATA:
“BAGAIMANA PULA AKU MAHU MENJADI SEMULIA-MULIA MANUSIA,”

LALU BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MENGESYAKI SESUATU PERKARA PADA ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU MENJADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“ SENTIASA MENYERAH DIRI (TAWAKAL) KEPADA ALLAH.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH.”

BAGINDA MENJAWAB:
“SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERSIH (DARIPADA HADAS).”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH DAN RASUL-NYA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“CINTAILAH SEGALA YANG DISUKAI ALLAH DAN RASUL-NYA.”

DIA BERTANYA:
“ AKU MAHU DISELAMATKAN DARIPADA KEMURKAAN ALLAH PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MARAH KEPADA ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA LAGI KEPADA RASULULLAH:
“AKU MAHU DITERIMA SEGALA PERMOHONANKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JAUHILAH MAKANAN HARAM.”

DIA BERTANYA:
“ AKU MAHU ALLAH MENUTUPKAN SEGALA KEAIBANKU PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA PUN MENJAWAB:
“TUTUPLAH KEBURUKAN ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
“SIAPA YANG TERSELAMAT DARIPADA DOSA?”

RASULULLAH M ENJAWAB:
“ORANG YANG SENTIASA MENGALIR AIR MATA PENYESALAN, MEREKA YANG TUNDUK PADA KEHENDAK-NYA DAN MEREKA YANG DITIMPA KESAKITAN.”

DIA TERUS BERTANYA:
“APAKAH SEBESAR-BESAR KEBAIKAN DISISI ALLAH?”

BAGINDA MENJAWAB:
“ELOK BUDI PEKERTI, RENDAH DIRI DAN SABAR DENGAN UJIAN (BALA).”

DIA BERTANYA LAGI:
“ APAKAH SEBESAR-BESAR KEJAHATAN DI SISI ALLAH?”

BAGINDA MENJAWAB:
“BURUK AKHLAK DAN SEDIKIT KETAATAN.”

DIA BERTANYA:
“APAKAH YANG MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT?”

BAGINDA MENJAWAB:
“SEDEKAH DALAM KEADAAN SEMBUNYI (TIDAK DIKETAHUI) DAN MENGHUBUNGKAN KASIH SAYANG.”

DIA BERTANYA LAGI:
“APA YANG AKAN MEMADAMKAN API NERAKA PADA HARI KIAMAT?”

BAGINDA MENJAWAB:
“SABAR DI DUNIA DENGAN BALA DAN MUSIBAH.”

DAN TELAH BERKATA IMAM MUSTAGHFIRIN: “AKU TIDAK PERNAH MENEMUI HADIS SEBEGINI LENGKAP MERANGKUMI KESEMPURNAAN AGAMA DAN KEHIDUPAN SELAIN HADIS INI.”

➡️➡️➡️➡️➡️➡️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️

MAKA TUGAS KITA SETERUSNYA ADALAH BERKONGSI HADIS NABI SAW INI DENGAN ORANG LAIN, MOGA IANYA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA. INSYALLAH...

Sumber: copy from whatsapp

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika