CARA MENGGUNAKAN AIRFRYER ANDA

 



Menggunakan Airfryer untuk memasak secara amnya diketahui sebagai salah satu cara paling pantas dan mudah untuk menyediakan sajian berkhasiat. Tambahan pula, keseluruhan proses adalah lebih kurang…

Langkah 1: Tarik laci Airfryer.

Langkah 2: Letakkan bahan-bahan masakan di dalam.

Langkah 3: Tolak laci sehingga tertutup.

Langkah 4: Putar tombol pemasa (untuk Philips Airfryer (HD9723) – Desert Green) atau tekan butang pada menu praset (untuk Philips Premium Digital Airfryer HD9741).

Langkah 5: Ulang untuk sajian seterusnya.

Tidak mungkin gagal, bukan? Tidak hairanlah Airfryer ialah alat tambahan yang semakin popular untuk dapur moden, terutamanya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan sajian yang sihat tetapi cepat disediakan (serta mudah dibersihkan selepasnya).

Bagaimana jika kami katakan bahawa lebih mudah lagi memasak berbilang sajian sekali gus? Berikut ialah cara menggunakan aksesori Airfryer yang pintar (PERCUMA apabila anda membeli Philips Premium Digital Airfryer HD9741 atau Philips Airfryer (HD9723) – Desert Green pada September 2022 sahaja) akan membantu anda mengoptimumkan ruang memasak* dan masa di dapur, jadi memanjakan insan tersayang dengan sajian berkhasiat, hari demi hari menjadi sangat mudah.



Dulang Pembakar

Airfryer biasanya disertakan dengan bakul dawai standard yang hebat tetapi menambah dulang pembakar akan meningkatkan kemahiran dapur anda dalam sekelip mata. Anda boleh menggunakannya untuk membuat brownie kenyal, frittata yang lazat, manisan yang elegan atau hirisan savouri dan pelbagai jenis sajian bakar yang memerlukan ketuhar. Cuba Resipi Kek Jagung Bakar kami yang begitu enak untuk permulaan.

Petua Pantas: Jika anda bimbang tentang pembersihan, jangan risau. Cari sahaja dulang pembakar dengan salutan tak melekat supaya bater yang menitis dan cebisan makanan yang terlampau masak tidak melekat pada permukaannya.

Rak Dua Lapis

Jika anda tidak perasan, Airfryer sebenarnya lebih luas daripada yang dilihat dengan mata kasar. Jadi, anda telah menyusun satu lapisan bahan di dalam bakul dan anda fikir anda sudah bersedia untuk memasak – fikirkan semula. Mengapa tidak menggunakan semua ruang yang ada dan letakkan rak dua lapis keluli tahan karat di atas? Mudah untuk dimasukkan dan dikeluarkan, ia membolehkan anda memasak satu lagi lapisan makanan pada masa yang sama, begitu mudah.

Petua Pantas: Letakkan sayur-sayuran anda di bawah dan protein, contohnya, ayam di lapisan atas. Jus yang lazat daripada ayam akan menitis perlahan-lahan ke bawah dan menambah perisa pada sayur-sayuran anda.

Pencucuk

Siapa yang tidak sukakan pencucuk? Pencucuk keluli tahan karat membolehkan anda membuat kebab berwarna-warni (seperti lobak merah yang rangup, lada benggala berwarna pelangi dan bawang putih bak mutiara, sedapnya!) serta sate dan espetada anda sendiri (sate Portugis). Ia juga cara yang menyeronokkan untuk melibatkan anak-anak anda dalam proses memasak kerana mereka pasti seronok membuat sajian mereka sendiri!

Petua Pantas: Periksa sajian anda dari semasa ke semasa; balik-balikkan untuk memastikan sajian masak lebih sekata dan mengelakkan ciptaan berharga anda hangus.

Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk menjadi kreatif dengan Airfryer anda – nikmatilah!

*Kebetulan, kedua-dua Airfryer kami mempunyai kapasiti yang besar iaitu 0.8kg, jadi lebih banyak anda masak, lebih ramai orang boleh makan, bukan? Selamat menjamu selera!

Nota: Aksesori di atas tidak disertakan dengan Philips Airfryer kami. Ini aksesori pilihan yang boleh dibeli daripada Philips Malaysia

Rujukan : Amwaynow.my




Comments