Sunday, March 1, 2015

AYAM GORENG BEREMPAH

Resepi Ayam Goreng Berempah sedap nie saya ambil dari Kak Azie Kitchen
Saya selalu skodeng blog masakan kak Azie nie. Kak Azie tak lokek menurunkan resepi dan petua ilmu masakannya.

Ayam Goreng Berempah
oleh: AZIE KITCHEN


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil

1-2 sudu besar serbuk kari daging

Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)

Garam secukup rasa

Beberapa helai daun limau purut - diracik halus

Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:

2 sudu besar biji ketumbar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci lengkuas

2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)

2 batang serai

Cara penyediaan:

1.Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. 
3.Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.
Selamat Mencuba! :)
There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika