Tuesday, January 27, 2015

RAHMAT UNTUK SUAMI ISTERI YANG BANGUN MALAM

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya. Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)

Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi

hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.
 

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian. 

 KOLEKSI ANIS: Oleh Ustazah Siti Bahyah Mahamod

MENU BREAKFAST KEGEMARAN KAMI

 
 Roti Titab

 Assalamualaikum dan selamat pagi... Walaupun belum breakfast lagi, tapi tangan gatal je nak story tentang menu breakfast kegemaran seisi keluarga ni. Entry ni dah lama nak di postkan , tapi masa tak mengizinkan...

Haa...rasanya kalau sesiapa yang pernah berkunjung ke Kelantan mungkin dah familiar atau dah merasa keenakan ROTI TITAB di Kopitiam Kita, Kelantan. Sebelum ni kami cuma dengar je orang sebut, ingatkan roti kitab, rupanya titab... Dulu ada member pernah ajak ke Kopitiam Kita kalau kebetulan ada mesyuarat di Kota Bharu, tapi asyik buzy je...tak de rezeki merasa.

Bila dah jadi buah mulut nie, rasa rugi tak merasa...ermmm, kalau nak tunggu En.Suami bawakan..faham-faham je lah..baik kita godek resepi atau cara penyediaanya dalam En.Google...

Laa...rupanya kacang je..petik jari dah boleh buat nie..nyesal tak mengoogle awal-awal..
Rupanya Roti disapu butter/ mentega dibakar..lepas tu pecahkan telur separuh masak ditengah-tengahnya, dan sapu kaya di empat penjuru roti... makan time panas-panas besttt...

Masa nak makan, kena ratakan telur dan kaya biar sebati...gabungan lemak manis telur separuh masak dan kaya serta roti yang rangup tapi lembut itulah penyedapnya. Makan satu akan rasa nak makan lagi..dan lagi...


  
Fuhh..kecur air liur..!

Cara nak sediakan telur masak separuh supaya nampak cantik..perlu didihkan air terlebih dahulu dalam periuk. Lepas dah mendidih, tutup api kemudian masukkan telur serentak..tutup periuk dan biarkan selama 7 hingga 8 minit. Tak boleh lama sangat nanti telur jadi sedikit keras. Lepas dah cukup 7/8 minit..tuangkan air panas dan rendam dengan air sejuk biasa. Dah siap.... 

MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

 

Banyak sedekah menjadikan hidup kita lebih berkat. Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.


Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan. Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?


Teringat satu peristima 2 atau 3 tahun lepas...lebih kurang macam tulah, Ada 3 orang makcik sekitar 40-an datang ke rumah. Sambil berpayung meredah panas matahari, mereka singgah di setiap rumah kawasan perumahan tersebut. Tapi banyak yang tertutup pintunya, maklumlah time tu orang belum balik kerja lagi.

Bila mereka menjengak ke pintu rumah kami sambil memberi salam, 
terus terlintas dalam hati


" ooo..makcik-makcik ni, yang pernah datang sebelum ni"

Saya  pun tengah sibuk urus anak-anak yang baru balik sekolah dan akan ke Kelas KAFA pulak lepas ni, tanpa rasa ragu-ragu terus menonong ambik beg duit... buka beg, ada 3 keping note merah..terus ambik dan bagi pada makcik-makcik tersebut sorang sekeping...
Nampak air muka keceriaan di wajah masing-masing, mereka terus berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

Nampak macam terus pergi dan tak singgah pun rumah sebelah. Keesokannya kami sekeluarga pulang ke Besut, Terengganu. Duit dah tak ada dalam dompet. Sebelum sampai di kampung, En. Suami sempat singgah di bank. Dalam otak dah bercadang nak keluarkan baki duit gaji yang masih tersisa. Kalau tak silap ada dalam RM500 je..Macam biasa, sebelum ambik duit semak baki dulu...Ooo mak kau..! terkezut den tetiba tengok baki duit ada dalam RM8++, maknanya extra RM300 yang tak tahu datang dari mana. saya agak mungkin bank terebih caj potongan, lepas tu kredit balik dalam akaun. Ada ke kes macam tu..huhu

Tengah duk fikir-fikir tetiba teringatkan duit RM30 semalam yang diberikan kepada 3 orang makcik tu. Subhanallah...Tabarakallah...Allah dah tukarkan dengan 10 kali ganjaran. 

sampai sekarang makcik bertiga tu tak datang-datang lagi. Mungkin Allah datangkan wanita 3 orang tersebut sebagai rezeki untuk saya bersedekah.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Semoga catatan perkongsian ini dapat menyedarkan kami sekeluarga pada suatu masa nanti apabila kami lalai dalam tanggungjawab pada-Mu. Semoga catatan ini menjadi satu perkongsian yang bermanfaat untuk pembaca semua. Biiznillah.

PENGALAMAN BANJIR DI KELANTAN 2014

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2015 yang dan tak berapa nak baru lagi...:). Selamat tinggal tahun 2014 yang penuh dengan cabaran dan mengajar kita erti sabar serta bersyukur dengan nikmat-Nya.

Rasa macam tak ada mood betul nak menulis. Nie pun mood menulis belum hadir lagi, cuma dipaksakan jari je untuk menekan 'Keyboard'...

Perkara yang akan kekal diingatan kami sekeluarga tentang tahun 2014 ialah peristiwa banjir besar yang melanda Kelantan. Ada orang-orang tua memanggil dengan gelaran 'banjir kuning' sebab air lumpur yang berwarna kuning/jingga.

Rumah kami pulak betul-betul depan sungai. Walaupun tebing sungai agak tinggi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Sehari sebelum air melimpah di atas jalan raya hadapan rumah, kami sudah tak lena tidur. En.Suami pukul 2 pagi baru pulang ke rumah. Ramai penduduk taman perumahan kami berkumpul ditepi sungai melihat keadaan air sungai. Bukannya apa, sebab kami masih berkira-kira nak kena kemas barang atau tidak. Tapi pakaian dan dokumen penting awal-awal lagi dah dimasukkan dalam kereta..tunggu nak 'evacuate' je...

Keesokan harinya, air makin rapat ke tebing sungai. Saya hantar SMS kat bos, 

'Bos, saya EL hari nie, nak kemas rumah..air dah nak masuk dalam rumah"

lebih kurang gitulah..tapi ayat sebenar lebih sopan sikit, cuma dah tak ingat dah... 

Sejak lepas subuh, kami mula mengangkat perlatan elektrik, buku-buku dan peralatan sekolah anak-anak ke tempat yang lebih tinggi. Pakaian yang tak muat beg, kami cuma campak atas katil je... konon air naik paling tinggi pun paras betis je...

Lebih kurang pukul 10 pagi, air mula melintas jalan , En.Suami terus mengarahkan kami anak-beranak masuk ke dalam kereta. Sebelum keluar, sempat lagi saya ikat langsir supaya lebih tinggi. 

Sebelum berkira-kira nak ke pusat pemindahan, ada satu bilik di Titiwangsa Inn Hotel yang baru sahaja check-out. Jadi kami terus ke sana bersama beberapa bekalan makanan dan pakaian untuk seminggu.

Lebih kurang 1 atau 2 jam, En.Suami pulang ke rumah untuk meninjau paras air....Rupanya paras air dah cecah paras pinggang orang dewasa, amik kau..konon air naik atas buku lali je..habis lah pakaian yang dicampak atas katil.

Malam tersebut, bekalan elektrik pun dipotong. Bergelaplah kami kat hotel tersebut. Tak putus-putus doa dipanjatkan supaya air cepat surut...

Alhamdulillah , keesokan harinya air dah surut. Kami dah boleh pulang tengok rumah..tengok jelah...nak masuk tak boleh sebab lumpur tebal memenuhi segenap ceruk dalam dan luar rumah..huhuhu..bekalan air pulak takde...sib baek ada air tangki...bermulalah fasa menyental selut/ lumpur sedikit demi sedikit..sehingga beberapa hari...kalau tak silap, dekat tiga minggu kerja-kerja menyental lumpur sahaja..belum dikira kerja-kerja mencuci pakaian untuk satu rumah, basuh semua pinggan mangkuk, bersihkan lumpur di dalam almari dan kabinet (untuk mana-mana almari yang masih boleh berdiri tegak dan boleh diguna) dan dokumen-dokumen, majalah serta buku-buku yang tak sempat diselamatkan. 



Banjir di Gua Musang


Fuhhh...penatnya masih terasa dan sehingga ke hari ini, kerja-kerja pembersihan Pasca Banjir 2014 masih belum selesai lagi...


Pasca Banjir di Bandar Lama Gua Musang
Selamat Mencuci untuk kami sekeluarga :P

**Gambar banjir tak sempat nak ambik.
There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika