PENGALAMAN BANJIR DI KELANTAN 2014

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2015 yang dan tak berapa nak baru lagi...:). Selamat tinggal tahun 2014 yang penuh dengan cabaran dan mengajar kita erti sabar serta bersyukur dengan nikmat-Nya.

Rasa macam tak ada mood betul nak menulis. Nie pun mood menulis belum hadir lagi, cuma dipaksakan jari je untuk menekan 'Keyboard'...

Perkara yang akan kekal diingatan kami sekeluarga tentang tahun 2014 ialah peristiwa banjir besar yang melanda Kelantan. Ada orang-orang tua memanggil dengan gelaran 'banjir kuning' sebab air lumpur yang berwarna kuning/jingga.

Rumah kami pulak betul-betul depan sungai. Walaupun tebing sungai agak tinggi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Sehari sebelum air melimpah di atas jalan raya hadapan rumah, kami sudah tak lena tidur. En.Suami pukul 2 pagi baru pulang ke rumah. Ramai penduduk taman perumahan kami berkumpul ditepi sungai melihat keadaan air sungai. Bukannya apa, sebab kami masih berkira-kira nak kena kemas barang atau tidak. Tapi pakaian dan dokumen penting awal-awal lagi dah dimasukkan dalam kereta..tunggu nak 'evacuate' je...

Keesokan harinya, air makin rapat ke tebing sungai. Saya hantar SMS kat bos, 

'Bos, saya EL hari nie, nak kemas rumah..air dah nak masuk dalam rumah"

lebih kurang gitulah..tapi ayat sebenar lebih sopan sikit, cuma dah tak ingat dah... 

Sejak lepas subuh, kami mula mengangkat perlatan elektrik, buku-buku dan peralatan sekolah anak-anak ke tempat yang lebih tinggi. Pakaian yang tak muat beg, kami cuma campak atas katil je... konon air naik paling tinggi pun paras betis je...

Lebih kurang pukul 10 pagi, air mula melintas jalan , En.Suami terus mengarahkan kami anak-beranak masuk ke dalam kereta. Sebelum keluar, sempat lagi saya ikat langsir supaya lebih tinggi. 

Sebelum berkira-kira nak ke pusat pemindahan, ada satu bilik di Titiwangsa Inn Hotel yang baru sahaja check-out. Jadi kami terus ke sana bersama beberapa bekalan makanan dan pakaian untuk seminggu.

Lebih kurang 1 atau 2 jam, En.Suami pulang ke rumah untuk meninjau paras air....Rupanya paras air dah cecah paras pinggang orang dewasa, amik kau..konon air naik atas buku lali je..habis lah pakaian yang dicampak atas katil.

Malam tersebut, bekalan elektrik pun dipotong. Bergelaplah kami kat hotel tersebut. Tak putus-putus doa dipanjatkan supaya air cepat surut...

Alhamdulillah , keesokan harinya air dah surut. Kami dah boleh pulang tengok rumah..tengok jelah...nak masuk tak boleh sebab lumpur tebal memenuhi segenap ceruk dalam dan luar rumah..huhuhu..bekalan air pulak takde...sib baek ada air tangki...bermulalah fasa menyental selut/ lumpur sedikit demi sedikit..sehingga beberapa hari...kalau tak silap, dekat tiga minggu kerja-kerja menyental lumpur sahaja..belum dikira kerja-kerja mencuci pakaian untuk satu rumah, basuh semua pinggan mangkuk, bersihkan lumpur di dalam almari dan kabinet (untuk mana-mana almari yang masih boleh berdiri tegak dan boleh diguna) dan dokumen-dokumen, majalah serta buku-buku yang tak sempat diselamatkan. 



Banjir di Gua Musang


Fuhhh...penatnya masih terasa dan sehingga ke hari ini, kerja-kerja pembersihan Pasca Banjir 2014 masih belum selesai lagi...


Pasca Banjir di Bandar Lama Gua Musang
Selamat Mencuci untuk kami sekeluarga :P

**Gambar banjir tak sempat nak ambik.

Comments