MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

 

Banyak sedekah menjadikan hidup kita lebih berkat. Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.


Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan. Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?


Teringat satu peristima 2 atau 3 tahun lepas...lebih kurang macam tulah, Ada 3 orang makcik sekitar 40-an datang ke rumah. Sambil berpayung meredah panas matahari, mereka singgah di setiap rumah kawasan perumahan tersebut. Tapi banyak yang tertutup pintunya, maklumlah time tu orang belum balik kerja lagi.

Bila mereka menjengak ke pintu rumah kami sambil memberi salam, 
terus terlintas dalam hati


" ooo..makcik-makcik ni, yang pernah datang sebelum ni"

Saya  pun tengah sibuk urus anak-anak yang baru balik sekolah dan akan ke Kelas KAFA pulak lepas ni, tanpa rasa ragu-ragu terus menonong ambik beg duit... buka beg, ada 3 keping note merah..terus ambik dan bagi pada makcik-makcik tersebut sorang sekeping...
Nampak air muka keceriaan di wajah masing-masing, mereka terus berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

Nampak macam terus pergi dan tak singgah pun rumah sebelah. Keesokannya kami sekeluarga pulang ke Besut, Terengganu. Duit dah tak ada dalam dompet. Sebelum sampai di kampung, En. Suami sempat singgah di bank. Dalam otak dah bercadang nak keluarkan baki duit gaji yang masih tersisa. Kalau tak silap ada dalam RM500 je..Macam biasa, sebelum ambik duit semak baki dulu...Ooo mak kau..! terkezut den tetiba tengok baki duit ada dalam RM8++, maknanya extra RM300 yang tak tahu datang dari mana. saya agak mungkin bank terebih caj potongan, lepas tu kredit balik dalam akaun. Ada ke kes macam tu..huhu

Tengah duk fikir-fikir tetiba teringatkan duit RM30 semalam yang diberikan kepada 3 orang makcik tu. Subhanallah...Tabarakallah...Allah dah tukarkan dengan 10 kali ganjaran. 

sampai sekarang makcik bertiga tu tak datang-datang lagi. Mungkin Allah datangkan wanita 3 orang tersebut sebagai rezeki untuk saya bersedekah.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Semoga catatan perkongsian ini dapat menyedarkan kami sekeluarga pada suatu masa nanti apabila kami lalai dalam tanggungjawab pada-Mu. Semoga catatan ini menjadi satu perkongsian yang bermanfaat untuk pembaca semua. Biiznillah.

Comments