Sunday, September 28, 2014

IMAM SYAFI'I - TOKOH ILMUAN ISLAM PALING BERPENGARUH

Sepatah kata:

"Saya tidak pernah melihat orang seperti Syafi'i. Apabila beliau datang ke Mesir, orang memberitahu ada seorang Quaraisy datang ke sini. Sewaktu kami pergi menemuinya beliau sedang bersolat. Saya tidak pernah melihat solat yang lebih baik daripada solatnya. Saya juga tidak pernah melihat wajah yang lebih cantik daripadanya. Apabila beliau bercakap kami merasakan tidak pernah mendengar percakapan yang lebih baik dari percakapannya itu. Lalu kami sangat tertarik kepadanya." - HARUN BIN SA'ID AL-AIL 

Saturday, September 27, 2014

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W


Marilah sama-sama kita hayati Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah, di Lembah Uranah, Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman

 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu"

Sumber: islam2u.net
                 denaihati.com.my

PENGURANGAN KUOTA DEMI KESELAMATAN JEMAAH HAJI

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi terpaksa mengurangkan jumlah jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, berikutan kerja menaik taraf kemudahan dan pembangunan yang sedang dilakukan di kota suci.

Kerja menaik taraf kemudahan dan pembangunan yang bermula November lalu, dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun dengan matlamat memastikan lebih ramai umat Islam dapat mengerjakan ibadat haji dalam keadaan selesa

 Pengerusi Muassasah Asia Tenggara, Tan Sri Zuhair A. Sadayo, berkata kerajaan Arab Saudi mengambil berat tentang usaha mempermudahkan operasi haji dan atas faktor itu, pembangunan semula kota Makkah terutama pembesaran Masjidil Haram dilakukan.

Katanya sebelum ini 'Mas'aa', iaitu kawasan laluan ibadah Saie telah dibesarkan sehingga boleh menampung ramai jemaah dan kini kerajaan Arab Saudi sedang menaik taraf 'Mataf', tempat ibadat tawaf dilakukan, supaya lebih ramai jemaah dapat melakukan tawaf pada satu-satu masa selain pembesaran masjid untuk menampung lebih ramai jemaah.

"Sebelum projek pembangunan ini, 48,000 jemaah boleh melakukan tawaf dalam tempoh sejam, tetapi berikutan kerja menaik taraf, hanya 22,000 jemaah boleh melakukannya. Ini hanya sementara. Selepas pembesaran, 130,000 jemaah boleh bertawaf dalam sejam," katanya kepada pemberita Malaysia menerusi jurubahasa pada sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, projek menaik taraf itu juga akan melibatkan kerja merobohkan sebahagian masjid untuk diperbesarkan.

"Demi keselamatan dan nyawa jemaah, kami terpaksa potong kuota haji negara luar sebanyak 20 peratus manakala jemaah dalam negara, 50 peratus.
"Apabila siap kelak, kita akan kembali kepada jumlah asal," katanya menambah ini merupakan peringkat pertama daripada keseluruhan tiga peringkat projek menaik taraf.

Menjelas lanjut, Zuhair berkata proses merobohkan sebahagian masjid dan membesarkan masjid bertujuan memperbesarkan ruang solat, selain membolehkan Kaabah jelas dilihat dari jauh.

"Kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan filem (dokumentari) bagaimana pembesaran Masjidil Haram dibuat dan diberikan kepada agensi terlibat. Saya berharap ia dapat ditayangkan kepada umum," katanya.

Zuhair berkata buat masa ini, pengurangan kuota jemaah haji hanya berlaku pada tahun ini dan belum ada kata putus untuk tahun-tahun akan datang.


 Sumber Foto: Google

Beliau berkata, selain pembangunan kota Makkah, kerajaan Arab Saudi juga akan menyiapkan projek kereta api laju dari Madinah dan Kota Suci itu untuk memudahkan perjalanan jemaah Haji berikutan perjalanan melalui jalan darat kini memakan masa kira-kira lima jam dengan jarak hampir 500 km.

"Ikut perancangan, kereta api laju ini akan siap pada 2015. Ia akan memendekkan masa perjalanan jemaah Haji dan Umrah," katanya.

Dalam soal pengangkutan musim haji kali ini, beliau berkata kerajaan Arab Saudi melantik tiga syarikat bas tambahan bagi meningkatkan bilangan bas untuk kegunaan jemaah haji.

Sementara itu, Zuhair berkata para petugas yang terlibat menjaga jemaah Muassasah akan menjalani 23 latihan untuk pengurusan jemaah yang melibatkan semua aspek.

"Semuanya dah bersedia. Harap semuanya lancar. Menteri Haji dah arahkan Muassasah Arab Saudi supaya melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang. Muasassah Asia Tenggara mendapat kerjasama yang baik daripada Tabung Haji," katanya.

Beliau berkata Tabung Haji adalah agensi pengurusan haji terbaik dan semua negara Islam telah maklum bahawa Tabung Haji adalah contoh terbaik. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online; 220713

Tuesday, September 23, 2014

KEK BATIK



 Sumber: Ihsan dari En.Google

Haa...kali nie umie nak berkongsi resepi kek batik pulak. Biasanya kek batik nie, time ada majlis je buat sebab en. somi tak berapa gemar, anak-anak pun kureng jugak dengan coklat2 nie...

Walauapapun, jom kita tengok bahan-bahannya terlebih dahulu...

Bahan-bahan:
1 cawan milo
3 sudu makan serbuk koko
250gm buttercup
2 biji telur
298gm ( 1 bungkus ) biskut Marrie
1/2 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sikit untuk kurangkan manis)
1/2 cawan air masak
kacang badam/ hazel yang disangai ( tak letak pun takpe)

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan dalam periuk kecuali biskut Marrie dan buttercup. 
Gaul semua hingga sebati. Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak.( kena sering kacau/ godak untuk elak hangus)

Masukkan Buttercup, masak hingga cair

Padamkan api dan susun biskut marrie dalam mangkus ( mangkus plastik untuk elak melekat) dan alaskan dengan plastik, nanti senang ditanggalkan.

Selang seli masukkan cairan coklat dan biskut. tekan dengan sudu supaya hasilnya padat.

Masukkan kedalam peti apabila telah sejuk.

Sedia untuk dipotong

Sunday, September 21, 2014

NASI GORENG CINA


 Ini menu favourite jugak nie dan antara yang paling senang dimasak. Resepi ni diolah dari pelbagai rujukan resepi termasuklah dari Azie Kitchen
Jom kita intai apa bahan-bahannya untuk menu Nasi Goreng Cina nie...

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
3 sudu besar Minyak masak
1 sudu teh Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk/ cincang halus
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk/ beli pakai yang serbuk
2 biji telur
1 sudu sos ikan
garam secukup rasa 

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris / kalau tak makan pedas boleh letak capsicum
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus
atau boleh letak mix vege ( sayur campur kacang peas+carrot+jagung) je...

Cara cara:

Panaskan minyak ( minyak umie guna minyak jagung/ bunga matahari sebab kurang kolestrol) dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Tumis sampai garing tau, jangan hangus sudahlah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan udang dan bila udang agak masak, ketepikan dan pecahkan telur dalam kuali. kacau sampai telur betul-betul masak. Masukkan nasi dan kacau rata.

Perasakan dengan sos ikan, lada sulah dan garam. Rasa tahap kemasinan dulu sebelum letak garam. Last skali masukkan semua bentuk sayur yang masih tertinggal. Masak seketika.

Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Gambar dari En GOOGLE ..tak sempat nak snap2 gambar

SEPINTAS LALU

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebagai permulaan, selamat datang kepada semua pembaca blog ini. Sebenarnya umie dah lama nak wujudkan blog ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk tatapan anak-anak apabila sudah menginjak remaja, dewasa, menjadi isteri/ suami orang suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya, kalau tak tahu nak masak apa boleh buka blog nie untuk cedok resepi umie. Maklumlah,dari kecik lagi dibesarkan dengan air tangan umie, nanti bila umie dah kembali menemui pencipta, tak adalah kempunan sangat ye... :(


Walauapapun yang berlaku, umie doakan anak-anak yang disayangi menjadi anak yang soleh, berbakti kepada kedua ibubapa, isteri yang solehah, suami yang bertanggungjawab, insan yang berbakti kepada ummah apabila dewasa nanti serta menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat.

 Ingat, Pintu Syurga ada pada kedua ibubapa...
P/S: Setiap kali masak jangan lupa berdoa & berzikir. Baca selawat ke atas nabi dan berzikir sentiasa. Masak dengan penuh kasih sayang. Kalau masak ketika marah, makanan jadi tak sedap.
There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika