Tuesday, October 28, 2014

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE

  Resepi ni memang saya copy dari blog kak azie terima kasih ye kak azie sudi berkongsi resepi dan gambar yang jelas...

Chicken Chop With Mushroom Sauce
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 chicken thighs
Tepung gandum
2 telur - pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak


Marinate

Soy sauce
Garam
Black pepper


Cara:
1.Perap ayam dengan bahan marinade selama 3 jam atau semalaman.  Keluarkan dan lap kering.
 2.Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung.  Celup ke dalam telur yang dipukul ringan dan golek ke dalam serbuk roti.
3. Panaskan minyak  dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.
  

Mushroom sauce
1 bawang besar - hiris bulat
50 gram cendawan butang
1/2 cawan chicken stock
2 sb butter
Garam
Black pepper
1 sk tepung jagung

Sedikit black pepper sauce

Cara:
Panaskan butter dan masukkan bawang besar sehingga lembut.
Masukkan mushroom dan kacau lagi beberapa minit.  Masukkan chicken stock diikuti dengan tepung jagung
Masak sehingga kuahnya pekat dan taburkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit black pepper sauce, jika suka
Tuang ke atas ayam dan bolehlah dihidangkan

Mashed Potato

5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
1/2 cwn susu segar  
2 sb butter
Sedikit garam dan lada hitam 
Black pepper sauce

 

Bahan bahan Sampingan
2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
1 biji tomato- dihiris


Cara:
Lenyekkan kentang dan masukkan butter. Kemudian tuang susu segar dan tambahkan lada hitam dan sedikit garam. Cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy tadi.

Hidangkan dengan kentang goreng, brokoli dan asparagus. 
** Untuk detail gambar penyediaan ada di blog kak azie

Monday, October 27, 2014

CHAR KUEW TEOW PENANG

 
 ( Tipu bebenor...belum masak dah ada gambar..hehehe..ni gambar en.Google)

Selalu je masak kuew teow..tapi tak tahulah jadi versi apa..bukan versi penang pun...sbb char kuew tiau ni sedap dimakan time panas-panas lepas masak. Kalau lambat dah tak sedap...
Ini pun menu kegemaran en.Hubby. Terima kasih k.liza di My Resepi yang berkongsi resepi nie: Kita tengok apa bahan-bahan nya.


Bahan untuk paste Char Kuew Teow
200g udang
250ml air
4 ulas bawang putih (diketuk)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat (saya tak letak-tak de stok)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap Char Kuey Toew (saya tambah)
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis/udang (saya tak letak)
garam & gula secukup rasa



 

Bahan untuk mee

1 paket kuey toew
2 sudu besar cili boh (lebihkan jika suka pedas)
kucai
taugeh
udang/sotong/kerang
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya:


1. Rebus udang, bila udang masak angkat udang dan masukkan semua bahan untuk paste char kuey teow (kecuali udang) dan rebus hingga pekat
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili boh hingga berbau harum. Tambahkan paste char kuey teow 3-4 sudu besar atau secukupnya (lebih boleh simpan) dan 1/2 cawan air (char kuey teow ni berkuah sikit),
Masukkan udang/sotong/kerang,  masak hingga mendidih.
3. Bila mendidih masukkan daun kucai & taugeh, dan pecahkan telur.
4. Masak sebentar sambil dikacau agar telur rata dan kuah memekat sedikit
5. Hidangkan panas-panas


**
Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust

Saturday, October 18, 2014

MAKARONI BAKAR

Haa...nie pulak menu kegemaran En. Suami...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
3 batang sosej ayamas, didadu kecil
6 ekor udang segar - dibuang kulit
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
7 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1 tin kecil Tuna Mayonis 
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
daun sederi dan bawang goreng untuk hiasan
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali . Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari , udang, sosej cincang ,kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. 
  2. Tuang baked beans dan Tuna mayonis,  gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan dengan mentega . Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya, daun saderi dan bawang goreng dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.

PUDING TRIFLE

Assalamualaikum w.b.t....

Rasanya ramai yang dah biasa buat puding trifle ni kan. NI puding kegemaran anak-anak, so rajin lah sikit si ummie nak godek dapur untuk masak puding yang simple dan mudah ni. Makan pun sedap, setiap kali buat tak sampai 5 minit licin satu bekas. Jom kita tengok macam mana nak buat.

lapisan bawah
- kek gulung. ( boleh pilih macam2 perisa)

lapisan tengah
-1 tin susu cair
- 5 sudu besar tepung kastard ( dicairkan dengan sedikit air)
- 2 sudu besar gula  / boleh juga guna syrup cocktail utk rasa manis
- 1 sudu teh esen vanila

lapisan atas
-1 kotak kristal jelly NONA (laici)
-400ml air yang dipanaskan - atau boleh ikut arahan pada kotak
-1 tin koktail buahan campuran

cara-cara :

-Potong kek dan susun kek gulung pd lapisan bawah sekali.Boleh siram air cocktail supaya lapisan kek sedikit lembap. jgn banyak sangat.

-panaskn lapisan tengah ( kastard + susu + gula + vanila) , kacau perlahan di atas api sederhana sehingga menjadi pekat dan likat. kemudian tuang di atas lapisan kek tadi sehingga kek tenggelam.

- taburkan koktail buahan keatas lapisan tengah. campurkan kristal jelly ke dlm air panas dan kacau mengikut arahan pada kotak sehingga larut.Setelah larut, tuang kristal jelly ke atas buah-buahan tadi. Boleh guna perisa strawberry untuk nampak lagi meriah.

-tunggu sehingga jelly btl keras dan simpan dalam peti ais seketika. 

-Enak dimakan bila sejuk. Selamat mencuba. 

Tuesday, October 14, 2014

SUP TULANG

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ni umie nak berkongsi resepi untuk buat sup tulang versi bonda kat kampung tapi sedikit diubah suai mengikut selera tukang masak.hihihi...disebabkan baru je lepas raya korban, maka banyaklah daging + tulang temulang lembu dalam peti ais..jom kita tengok resepinya:

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu
rempah sup ( sup bunjut) + rempah ratus dlmnya seperti buah pelaga, bunga lawang , kayumanis dan sebagainya...
seinci halia - tumbuh kasar
seinci lengkuas - tumbuk kasar
1 helai daun salam
3 ulas bawang putih ( di hiris)
4 ulas bawang merah ( di hiris )
2 keping asam
garam secukup rasa
perasa ( kalau tak suka boleh ganti dengan sedikit gula)
1 biji tomato - dibelah empat ( nak bagi rasa masam yang lagi sedap)
daun saderi


cara menyediakanya:

Rebus tulang terlebih dahulu hingga empuk. Salah satu petuanya letak 2 biji buah kurma dalam air rebusan, insyaAllah daging jadi empuk dan sedap. Apabila daging empuk, Tambahkan bahan-bahan seperti halia, lengkuas, sup bunjut, asam keping dan tomato kedalam air rebusan.
1
Last skali barulah digoreng bawang merah dan bawang putih yang di hiris tadi bersama daun salam, pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis. Bila sudah garing, boleh masukkan ke dalam kuah sup yang sedang mendidih tadi. Aroma dia lagi sedap. Didihkan seketika..sup ni lagi lama di didihkan lagi sedap.Tambahkan garam, perasa atau boleh letak sedikit gula untuk perasakan sup

Bila dah masak, boleh lah dihidangkan dengan menaburkan daun bawang, saderi, cili padi yang dihiris dan bawang goreng. Boleh di makan bersama nasi panas-panas atau mee/ meehoon/ kewtiau sup. Selamat mencuba.

LAKSA JOHOR PALING SEDAP

 Assalamualaikum w.b.t.....

Dalam 2-3 hari ni..semenjak dua menjak nie...tekak nie asyik nak makan laksa johor jerr. Susah nak dapatkan laksa Johor lebih-lebih lagi kat Kelantan ni. (Tetiba terpikir bila pencen nanti boleh buka kedai meniaga laksa johor..hihihi). So, terpaksalah kena sediakan sendiri untuk nak makan. Google punya google..akhirnya sangkut dengan resepi dari blog k.jee
yang tidak lokek menyampaikan ilmu masakannya... Jom kita tengok apa bahan-bahan utama untuk Laksa Johor versi K.jee ni.

BAHAN2NYA:

1kg ikan sardin (ada orang panggil ikan selayang)
¾ cawan rempah kari ikan (Kjee guna Babas)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
2 cawan santan pekat
 ½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik

ULAM2
Timun
Taugeh
daun kesom/daun selasih
kacang panjang
limau kasturi
lobak asin


CARA:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Tepikan. Kisar bawang, serai, lengkuas dan halia sampai halus.


Panaskan periuk bubuh minyak setengah cawan dan masukkan bawang, serai, lengkuas dan halia kisar tadi. tumis sampai naik bau. Masukkan rempah ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan air setengah cawan dan goreng lagi kira-kira lima minit. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak.


Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Bubuh air tiga cawan dan santan dua cawan. Bila dah mendidih masukkan 1 cawan udang kering kisar dan satu sudu besar kerisik.


 Bila kuah melegak, bubuhlah garam dan perasa msg kalau nak. Ada orang bubuh gula. Laksa Johor guna spaghetti. Rebus 1 peket spaghetti (boleh makan 10 org). Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sampai hilang panasnya atau cuci bawah paip. Tapis airnyer dan bubuh sikit minyak supaya tak melekat.



 ( Sumber foto: En Google..gambar sendiri tak snap lagi)

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat2 halus, daun selasih atau daun kesom, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasaih boleh bubuh. Orang Johor suka tapi ada orang tak suka.


Untuk sambal belacan, Kjee rebus cili kering dan tumbuk sama belacan bakar. Cara menghidang. Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan ngan sambal belacan.
There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika