Saturday, October 18, 2014

MAKARONI BAKAR

Haa...nie pulak menu kegemaran En. Suami...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
3 batang sosej ayamas, didadu kecil
6 ekor udang segar - dibuang kulit
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
7 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1 tin kecil Tuna Mayonis 
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
daun sederi dan bawang goreng untuk hiasan
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali . Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari , udang, sosej cincang ,kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. 
  2. Tuang baked beans dan Tuna mayonis,  gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan dengan mentega . Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya, daun saderi dan bawang goreng dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika