Tuesday, October 14, 2014

LAKSA JOHOR PALING SEDAP

 Assalamualaikum w.b.t.....

Dalam 2-3 hari ni..semenjak dua menjak nie...tekak nie asyik nak makan laksa johor jerr. Susah nak dapatkan laksa Johor lebih-lebih lagi kat Kelantan ni. (Tetiba terpikir bila pencen nanti boleh buka kedai meniaga laksa johor..hihihi). So, terpaksalah kena sediakan sendiri untuk nak makan. Google punya google..akhirnya sangkut dengan resepi dari blog k.jee
yang tidak lokek menyampaikan ilmu masakannya... Jom kita tengok apa bahan-bahan utama untuk Laksa Johor versi K.jee ni.

BAHAN2NYA:

1kg ikan sardin (ada orang panggil ikan selayang)
¾ cawan rempah kari ikan (Kjee guna Babas)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
2 cawan santan pekat
 ½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik

ULAM2
Timun
Taugeh
daun kesom/daun selasih
kacang panjang
limau kasturi
lobak asin


CARA:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Tepikan. Kisar bawang, serai, lengkuas dan halia sampai halus.


Panaskan periuk bubuh minyak setengah cawan dan masukkan bawang, serai, lengkuas dan halia kisar tadi. tumis sampai naik bau. Masukkan rempah ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan air setengah cawan dan goreng lagi kira-kira lima minit. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak.


Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Bubuh air tiga cawan dan santan dua cawan. Bila dah mendidih masukkan 1 cawan udang kering kisar dan satu sudu besar kerisik.


 Bila kuah melegak, bubuhlah garam dan perasa msg kalau nak. Ada orang bubuh gula. Laksa Johor guna spaghetti. Rebus 1 peket spaghetti (boleh makan 10 org). Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sampai hilang panasnya atau cuci bawah paip. Tapis airnyer dan bubuh sikit minyak supaya tak melekat.



 ( Sumber foto: En Google..gambar sendiri tak snap lagi)

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat2 halus, daun selasih atau daun kesom, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasaih boleh bubuh. Orang Johor suka tapi ada orang tak suka.


Untuk sambal belacan, Kjee rebus cili kering dan tumbuk sama belacan bakar. Cara menghidang. Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan ngan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika