DIARI SEBUAH VACUM

 

8.30pg

Nadira begitu cerewet tentang makanannya sejak kebelakangan ini – saya rasa dia hendak tumbuh gigi. Puan Faridah tidak tidur dengan lena malam tadi. Jadi dia pasti tidak gembira apabila si kecil ini mencampakkan bijirin sarapannya ke lantai – sekali lagi.

Mujurlah, saya telah dicas sepenuhnya selepas 5 jam dan sudah bersedia betul-betul di sebelah pintu dapur. Jadi, Puan Faridah hanya perlu mencapai saya dan memvakum segala kotoran dari setiap celah dalam masa tidak sampai seminit. Ini semua kerana motor digital PowerBlade saya yang menghasilkan aliran udara tinggi (>1000 L/min).



10.45pg

Nampaknya Encik Danial telah membiarkan pintu gelangsar terbuka lagi. Dia semakin pelupa sejak mencecah 45 tahun. Saya rasa dia patut mengambil Nutrilite M-Plus Tablet. Seekor kucing terbiar masuk dan berguling di atas permaidani – oh tidak!

Nasib baik Puan Faridah masuk sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Dia merungut apabila dia melihat semua bulu dan kotoran yang tertinggal di atas permaidani. Sudah tentu, saya datang untuk 



Dan kerana saya bukanlah makhluk yang besar untuk disembunyikan jauh di dalam bilik stor, saya mudahuntuk digunakan lebih daripada sekali sehari. Lagipun, Sistem Penurasan Tiga Kali Ganda saya memastikan aliran udara yang tinggi lebih lama.Jadi, teruskan!



12.30tgh

Si Melur pula pulang dari sekolah dan dia sangat teruja untuk melihat adiknya sehingga dia terus berlari ke ruang tamu dengan kasut masih bersarung! Sudah lama saya tidak melihat Puan Faridah begitu marah.

Selepas memarahinya, dia memvakum segala kotoran yang ditinggalkan oleh kasut Melur di atas permaidani. Teknologi tanpa beg berkuasa saya – PowerCyclone 8 boleh mengurusnya dengan sekejap sahaja. Ia merupakan satu perkara yang bagus.



3ptg

Puan Esah dari rumah sebelah tiba-tiba muncul tetapi Puan Faridah tidak risau kerana baru-baru ini dia ada membeli sekotak Latte Kacang Hazel Vergold dan gembira untuk berkongsi dengan rakannya itu sambil mereka membawang tentang itu dan ini.

Tiba-tiba, Puan Esah ternampak sesuatu yang berwarna ‘champagne’ dan hitam dengan reka bentuk yang begitu rapi bersandar pada dinding tempat di mana Melur tinggalkan saya tadi. Dia bertanyakan tentang saya dan Puan Faridah, yang kami tahu begitu bangga dengan rumahnya, gembira menceritakan segalanya tentang saya.

Saya dapat merasakan rasa cemburu Puan Esah apabila pemilik yang saya sayangi mula memuji muncung penyedut 360° saya yang mengagumkan kerana dapat memerangkap kotoran dan habuk dari semua sisi – saya pasti dia menunjukkan reaksi yang sama ketika Puan Faridah pulang dengan Philips Premium Digital Airfryer tiga bulan lalu. Tidak lama kemudian dia juga membeli satu unit untuk dirinya.

#NakJuga #TakBolehKalah



6.15ptg

Berita baik: Encik Danial memutuskan untuk membantu isterinya dengan melayan anak-anak semasa dia sibuk memasak untuk makan malam. Berita buruk: Ia adalah seni dan kraf di atas lantai dengan sesuatu yang berkilau. Puan Faridah melihat karya seni mereka dan mengingatkan suaminya bahawa tiba gilirannya untuk mengemop lantai. Saya rasa dia mahu membantah tetapi kemudian berubah fikiran. Memang pandai.


Mungkin dia teringat bahawa saya adalah vakum, mop dan pegang 3 dalam 1 yang hebat. Apa yang kita perlukan ialah 280ml air dan sedikit Pencuci Lantai Floor Shine atau Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. Dia tidaklah sepantas Puan Faridah tetapi tidak mengapa; bateri litium-ion 25V saya bertahan selama 75 minit bagi pembersihan pada mod Eco dan lampu LED pada muncung saya berguna apabila hari semakin gelap dan dia perlu melihat di bawah perabot yang rendah.

Temui Pembersih Vakum Tanpa Kord Philips SpeedPro Max Aqua FC6903 di Amway.my



Comments