ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT ( Bhg. 1)



Allah s.w. berfirman maksudnya:

"...Dan berbuat baiklah , kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik." - (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja. Ini keranan dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya Allah membenci orang yang berperilaku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunya kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman ( bermaksud): "Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

"Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah."

"Aku cintakan orang yang rendah hati/ diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati."

"Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat."

Bersambung di....Bahagian 2

Comments