Sunday, November 9, 2014

BUBUR ASYURA (SUGHE) TERENGGANU



Alhamdulillah..hari ini sudah 17Muharram 1436 H. Ramai di kalangan kita yang sibuk menyediakan bubur Asyura terutamanya di kampung-kampung. InsyaAllah pada 2-3 hari lagi giliran rumah mertua pulak menyediakan bubur asyura. Dapatlah merasa sikit sorang. Tapi bagi penduduk luar Kelantan dan Terengganu mesti pelik dengan bubur Asyura kami yang warna hitam dan sedikit mengeras bila sejuk. Ada yang kata macam kuih atau kek pun ada, bukan bubur kata mereka. 

Ok.. Kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan dan macam mana cara menyediakannya sehingga bubur asyura kami ni jadi macam 'kuih'. hehe....


bahan-bahannya:
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

cara
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan  


 
Sumber foto; En.Google la...
Sumber daripada: arnamee.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika