ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT (Bhg. 3)



 
..........Sambungan dari : Bahagian 2
Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunannya. Manusia tidak sunyi daripada salah dan silap, maka perlu selalu bertaubat. Allah yang sifatnya Maha Penerima taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripada hamba-Nya.

Namun, ada antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Itupun masih bernasib baik kerana Allah memberi kesempatan bertaubat sebelum didatangi maut.

Sebab itu Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang salih serta hampir dengan Allah.

Maha Bijaksananya Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu ke usia tua.  Ini kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama. Allah boleh menjemput yang muda, apalagi yang tua.

Orang muda mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosakkan dan perkara maksiat, malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan banyak beramal salih. Inilah sebabnya Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat, kerana kalau orang tua yang bertaubat , maka itu sudah sepatutnya dia berbuat demikian. Wallahua'lam.

Comments