ASAM PEDAS IKAN PARI



Assalamualaikum...


Minggu lepas

Saya ada belikan ikan pari.
Rasa macam terliur sangat nak makan asam pedas Johor.
Selalu kalau singgah rumah kakak ipar di Kuala
Pilah je berpeluang makan asam pedas Johor ni.
Itupun sebab suami kakak ipar ni orang Johor.
Saya dah mula jatuh cintan dengan asam pedas Johor ni sejak di
Universiti lagi, maklumlah roomate pun orang Johor.
Lepas kahwin pulak terus menetap di Johor sebab suami bekerja di Johor. Berapa banyak Johor daa....hihi

Kali ni nampak gaya kena masak sendiri lah asam pedas ikan pari ni.
Di padankan pula dengan perkasam anak ikan Krai, ikan
Juara goreng dan nasi panas-panas.Fuhhh...

 

BAHAN2NYA:

 4 potong ikan pari (dibersihkan, rendam dalam air asam jawa) 
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 genggam cili kering (direbus, buang biji dan kisar) 
2 inci belacan
2 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesom
2 mangkuk air asam jawa
garam dan gula secukup rasa



CARA PENYEDIAANNYA :
Kisar cili, bawang, halia dan belacan hingga lumat. 
Kemudian tumis sehingga garing dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan terus masak atas api perlahan.
Masukkan ikan , bunga kantan dan daun kesom. Didihkan. 
Bubuh garam, sedikit gula dan perasa kalau suka. 
Renihkan seketika
Sedia untuk dihidangkan.

 
Pekasan anak ikan krai...

 
 Ikan Juara goreng..kiriman mak mertua 

Comments