KESAN BERGANTUNG 100 PERATUS KEPADA ALLAH.


 

Dalam banyak kisah saya tentang menjemput rezeki, kisah kali ini yang paling tidak disangka-sangka dan membuatkan keyakinan untuk bergantung harap seratus peratus kepada Allah S.W.T semakin bertambah. Pada 24 Ogos 2014 ( Ahad) saya perlu menghadiri satu mesyuarat khas bersama pegawai kanan negeri di ibu pejabat kementerian di Kuala Lumpur. 

Pada hari sabtu 23hb Ogos pula en. Hubby telah berjanji dengan pihak tabung haji untuk membayar wang deposit menunaikan Umrah pada hujung tahun ini, sedangkan duit gaji sudah kering. Memikirkan gaji akan masuk pada 25hb, jadi terpaksalah saya keluarkan duit tabung haji untuk bayaran check-in hotel keesokannya ( saya tak pernah pakai kad kredit) termasuk untuk bayaran deposit Umrah. 

Walau bagaimanapun, beberapa hari sebelum ini sepanjang malam saya  istikhomah melaksanakan solat hajat dan mohon kepada Allah agar urusan ini dimudahkan serta diberi kecukupan rezeki untuk perbelanjaan sebelum hari gaji. Serta-merta Allah beri satu perasaan yakin bahawa rezeki itu memang sudah ada, Allah sudah sediakan dan dah diaturkan. Tunggu untuk diberi sahaja. Manalah tahu tiba-tiba ada wang jatuh dari langit ke . Hehe...berangan je lebih. Sedangkan perjalanan kami ke Kota Bharu dan perjalanan saya ke Kuala Lumpur keesokan harinya pun atas Perancangan-Nya yang Maha Mengetahui. 

Pada hari jumaat (22hb Ogos), sebelum ke Kota Bharu keesokannya, saya sempat singgah di Besut untuk mengeluarkan wang dari akaun Tabung Haji. Tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya untuk memeriksa akaun simpanan lain yang sudah bertahun tidak aktif dan tidak digunakan. Subhanallah..alangkah terkejutnya saya apabila melihat ada wang 4 angka dalam akaun tersebut. Lebih dari cukup untuk saya membuat bayaran deposit umrah dan belanja ke Kuala Lumpur. Maka hasrat untuk mengeluarkan duit dari simpanan Tabung Haji secara automatik dibatalkan. Alhamdullah..bertepatan benar dengan quote dibawah ;

" Allah boleh beri kita rezeki apabila dikehendakiNya. dan Allah juga boleh menarik balik rezeki bila-bila masa yang Dia kehendaki"

Ayat di atas memang cukup terkesan pada saya. Sebab itulah, pada saya tidak pernah mengeluh walau suami meluahkan tentang hasil jualan yang tidak seberapa. Mungkin kami belum cukup dermawan untuk Allah limpahkan kami dengan rezeki yang lebih. Sebab kenapa, Bukankah dalam setiap rezeki yang kita terima ada rezeki orang lain, yang Allah jadikan kita sebagai perantara untuk sedekahkan kepada yang tidak berkemampuan. 

 
  
Sebenarnya,ada banyak lagi kisah yang tidak terlintas di fikiran kita akan berlaku dan Allah akan bayar 'cash' di atas apa yang kita lakukan dengan ikhlas. 

Kisah-kisah seterusnya saya akan kongsikan lain kali... Insya Allah. 

Comments