Tuesday, November 18, 2014

DAH MEMANG REZEKI KITA....!!!

REZEKI DATANG DARI ALLAH

Alhamdulillah rezeki Allah ada dimana-mana. Selalu ummi beli nasi di pasar untuk ansk-anak makan tengahhari, kadang-kadang beli tak cukup, umie minum susu je tengah hari untuk alas perut ." Adalah nanti rezeki lain pulak" hati berkata-kata....Alhamdulillah ada rezeki jemputan dari jabatan lain kat pejabat. Dapat makan mie soto. Dah banyak kali benda macam ni terjadi, klau tak sempat lunch, bila masuk ofis ada je rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita mengalas perut hari tersebut.
Ada satu hari tu, seorang kakitangan kat tempat kerja bagitahu, " handphone awak ni dah kena pkai cover, kalau tak cepat rosaklah"
 
"itulah, tengah mencari cover handphonelah ni. Dah cari area sini tak ada cover untul SII ni"
30 minit kmudian suami telefon."abang dah beli cover handphone umie ni, color putih"
walhal xde pesan suruh beli pun...mmg bnar prancangan Allah adalh yg terbaik....

BERDOA

Tadi ke pejabat pos, disebabkan kesuntukan masa sbb nk ambil anak2 d nursery,sblum melangkh masuk kedlm pej pos dlm hati berdoa "Rabbi Yassir, Walaa Tua'ssir"....masyaAllah, ramainya org, no giliran pun dh hujung2..tengah isi borang tetiba dtg sorang customer bg dia punya nombor...ajaib, Allah maha mendengar...dapatlh giliran yg terawal.
Bila kita bersangka baik pada Allah & buat sesuatu dgn memohon & bergantung kepadaNya, rasa macam smooth je urusan, tapi bila buat sesuatu yang Allah tak suka, kita akan rasa tak tenang, macam-macam masalah timbul.

So, yang terbaik, Mintalah dengan Allah S.W.T hatta walau sebutir garam. Full Stop !

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika