CARA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Tips ini saya copy and paste di blog saya untuk tatapan anak-anak, pengunjung blog dan juga ingatan buat diri saya sendiri sepanjang masa.

Tips Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah

Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah:

1. Umur anak-anak 0-6 tahun (Kasih Sayang)

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Umur 1 tahun anak dah mula belajar perbagai benda, kadang banyak yang anak lakukan itu silap, misalnya tumpahkan air susu, buang makanan dalam pinggan, sepah barang dan sebagainya. Peringkat ini kena banyak sabar.
Anak saya 1 tahun 4 bulan, nak makan tak mau mama suap, dia nak makan sendiri, bila suap sendiri mesti tumpah atau sepah atas lantai. Naik angin juga bila selalu macam tu, waktu ni kita kena sabar.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun. (latih displin diri dan tanggungjawap)

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun (Kawan dengan Anak anak)

Inilah umur remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara atau masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas- (Cuba beri kepercayaan dan beri keyakinan jaga diri)

Umur ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.
Paling penting saya ingin sarankan ialah DOA PADA ANAK ANAK, Doa ibubapa amat mustajab, doa anak jadi soleh solehah dan masuk syurga. Tetapkan matlamat hidup pada anak anak, iaitu jadi hamba Allah yang taat dan syurga matlamat akhir kita.

Sumber: Tip Anak Cemerlang

Comments