OBSES DENGAN LUNCH BOX



 ( Nampak benar tipunye..saya punya lunch box xdelah sampai deco 
Kucing macam nie...) tq. En Google !

Kali nie nak bercerita tentang keobsesianku ( memang nak kena dengan cikgu Bahasa Melayu ni...) terhadap lunch box untuk anak-anak ke sekolah. Ini pun sejak dapat idea dari seorang ibu menerusi laman sosial FB ( tapi memang dah lupa namanya) yang memang setiap hari menyediakan lunch box untuk anak-anaknya. Bukan setakat menu yang sihat tetapi kreatif dan menarik. Kalau anak-anak saya pun suka macam tu.

Saya tersangatlah kagum dengan ibu muda tersebut. sangat komited mewariasikan lunch box anak-anaknya. Bertitik tolak dari itu, si ummi ni pun mulalah berazam untuk masak sendiri pagi-pagi supaya 3 anak yang berada di sekolah rendah mendapat makanan berkhasiat. 

Kat sekolah bukannya kita tau diaorang beli apa. Lagi-lagi kalau si Angah dan Achik, ermmm..kat rumah pun kena jengilkan mata dulu baru nak makan nasik, inikan kat sekolah. Macam-macam makanan kegemaran ada...
  • hotdog
  • burger
  • jajan ( makanan segera dalam paket)
  • snek
  • gula-gula
  • aiskrim
  • dll
So, keesokannya terus saya berpagi-pagian lepas qiam dan solat subuh, berkungfu kat dapur. Rupa-rupanya anak-anak seronok bila umminya bekalkan makanan setiap pagi..huhuhu...(ingatkan depa lagi suka beli kat kantin)..
Petang lepas sekolah siap pesan, esok ummi masak lagi ye untuk bekal ke sekolah. Letak banyak sikit, Achik kongsi dengan kawan Achik.

" Kenapa, kawan achik tak bawak duit ke..tak bawak bekal ke?"

"Dia bawak seringgit je ke sekolah..kadang-kadang tak bawak duit langsung..bekal pun tak bawak"

Huhu..sedih pulak..Alhamdulillah dapat anak yang pandai erti memberi dan berkongsi. Walaupun nakalnya tahap gaban, tapi dia tak lokek. Ok...esok taruk lebih untuk lunch box Achik. 

Petang lepas habis kerja, terus singgah pasaraya cari compartment yang lebih menarik. Alhamdulillah, ada yang 3 compartment dan siap dengan set fork & spoon lagi...mesti seronok anak-anak nie.

Betullah...esoknya bila saya bekalkan dia orang dengan perbagai vasiasi menu, siap pesan suruh buat menu macam tu tiap-tiap pagi..Fuhh, semoga ummi mu diberikan kerajinan dan kudrat setiap hari. :)

Setakat nie dah hampir sebulan konsisten dengan lunch box setiap hari untuk anak-anak. InsyaAllah akan diteruskan selagi mampu...

 **Gambar lunch box memang tak sempat nak ambik. Sebab pagi-pagi memang busy giler dgn nak urus 6 orang anak, en Suami lagi + diri sendiri yang nak ke tempat kerja. :)


---Ummu Awisy---

Comments

  1. bila la cn nak rajn berlunch box ni, asyk bungkus jer..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment