Thursday, April 16, 2015

HADIS TERUNGGUL KEKASIH ALLAH S.W.T

Salam pagi Jumaat.

- HADIS TERUNGGUL -

DARIPADA SAIDINA KHALID BIN AL-WALID RA BERKATA:
“TELAH DATANG SEORANG ARAB BADUWI KEPADA RASULULLAH SAW  DAN DIA MENYATAKAN TUJUANNYA:

WAHAI RASULULLAH...!
KEDATANGANKU UNTUK BERTANYA ENGKAU MENGENAI APA YANG AKAN MENYEMPURNAKAN DIRIKU DIDUNIA DAN AKHIRAT.”

RASULULLAH BERKATA KEPADANYA:
“TANYALAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.”

ARAB BADUWI ITU BERKATA:
AKU MAHU MENJADI ORANG ALIM.

BAGINDA MENJAWAB:
"TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT"

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU MENJADI ORANG PALING KAYA.”

RASULULLAH MENJAWAB:
“JADILAH ORANG YANG YAKIN PADA DIRI.”

BERTANYA LAGI ARAB BADUWI ITU:
“AKU MAHU MENJADI ORANG YANG ADIL.”

LALU DIJAWAB OLEH RASULULLAH:
“KASIHANILAH MANUSIA LAIN SEPERTI ENGKAU KASIH PADA DIRI.”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU MENJADI ORANG PALING BAIK.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JADILAH ORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU MENJADI ORANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH.”

DAN DIJAWAB OLEH RASULULLAH:
“BANYAKKAN ZIKRULLAH.”

ARAB BADUWI ITU BERTANYA:
“AKU MAHU SEMPURNAKAN IMANKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“PERELOKKAN AKHLAKMU.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUHSINI (BAIK). “

BAGINDA MENJAWAB:
BERIBADATLAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH ENGKAU MELIHAT-NYA DAN JIKA ENGKAU TIDAK BERASA BEGITU, SEKURANG-KURANGNYA ENGKAU YAKIN DIA TETAP MELIHAT ENGKAU.”

ARAB BADUWI BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG TAAT,”

LALU DIJAWAB BAGINDA:
“TUNAIKAN SEGALA KEWAJIPAN YANG DIFARDUKAN.”

DIA BERTANYA LAGI:
“ AKU MAHU BERJUMPA ALLAH DALAM KEADAAN BERSIH DARIPADA DOSA.”

RASULULLAH MENJAWAB:
“BERSIHKAN DIRIMU DARIPADA NAJIS DOSA.”

DIA TERUS BERTANYA:
“AKU MAHU DIHIMPUN PADA HARI KIAMAT DI BAWAH CAHAYA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MENZALIMI SESEORANG.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU DIKASIHI OLEH ALLAH PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA BERKATA:
“KASIHANILAH DIRIMU DAN KASIHANILAH ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
AKU MAHU DIHAPUSKAN SEGALA DOSAKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“BANYAKKAN BERISTIGHFAR.”

DIA BERKATA:
“BAGAIMANA PULA AKU MAHU MENJADI SEMULIA-MULIA MANUSIA,”

LALU BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MENGESYAKI SESUATU PERKARA PADA ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU MENJADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“ SENTIASA MENYERAH DIRI (TAWAKAL) KEPADA ALLAH.”

DIA BERTANYA LAGI:
“AKU MAHU DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH.”

BAGINDA MENJAWAB:
“SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERSIH (DARIPADA HADAS).”

DIA BERTANYA:
“AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH DAN RASUL-NYA.”

BAGINDA MENJAWAB:
“CINTAILAH SEGALA YANG DISUKAI ALLAH DAN RASUL-NYA.”

DIA BERTANYA:
“ AKU MAHU DISELAMATKAN DARIPADA KEMURKAAN ALLAH PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JANGAN MARAH KEPADA ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA LAGI KEPADA RASULULLAH:
“AKU MAHU DITERIMA SEGALA PERMOHONANKU.”

BAGINDA MENJAWAB:
“JAUHILAH MAKANAN HARAM.”

DIA BERTANYA:
“ AKU MAHU ALLAH MENUTUPKAN SEGALA KEAIBANKU PADA HARI KIAMAT.”

BAGINDA PUN MENJAWAB:
“TUTUPLAH KEBURUKAN ORANG LAIN.”

DIA BERTANYA:
“SIAPA YANG TERSELAMAT DARIPADA DOSA?”

RASULULLAH M ENJAWAB:
“ORANG YANG SENTIASA MENGALIR AIR MATA PENYESALAN, MEREKA YANG TUNDUK PADA KEHENDAK-NYA DAN MEREKA YANG DITIMPA KESAKITAN.”

DIA TERUS BERTANYA:
“APAKAH SEBESAR-BESAR KEBAIKAN DISISI ALLAH?”

BAGINDA MENJAWAB:
“ELOK BUDI PEKERTI, RENDAH DIRI DAN SABAR DENGAN UJIAN (BALA).”

DIA BERTANYA LAGI:
“ APAKAH SEBESAR-BESAR KEJAHATAN DI SISI ALLAH?”

BAGINDA MENJAWAB:
“BURUK AKHLAK DAN SEDIKIT KETAATAN.”

DIA BERTANYA:
“APAKAH YANG MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT?”

BAGINDA MENJAWAB:
“SEDEKAH DALAM KEADAAN SEMBUNYI (TIDAK DIKETAHUI) DAN MENGHUBUNGKAN KASIH SAYANG.”

DIA BERTANYA LAGI:
“APA YANG AKAN MEMADAMKAN API NERAKA PADA HARI KIAMAT?”

BAGINDA MENJAWAB:
“SABAR DI DUNIA DENGAN BALA DAN MUSIBAH.”

DAN TELAH BERKATA IMAM MUSTAGHFIRIN: “AKU TIDAK PERNAH MENEMUI HADIS SEBEGINI LENGKAP MERANGKUMI KESEMPURNAAN AGAMA DAN KEHIDUPAN SELAIN HADIS INI.”

➡️➡️➡️➡️➡️➡️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️⬅️

MAKA TUGAS KITA SETERUSNYA ADALAH BERKONGSI HADIS NABI SAW INI DENGAN ORANG LAIN, MOGA IANYA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA. INSYALLAH...

Sumber: copy from whatsapp

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika