TANDA-TANDA KEMATIAN

 
Sumber: En. Google

 TANDA-TANDA KEMATIAN BAGI ORANG ISLAM.

Mengikut pendapat ulama', sesungguhnya tanda-tanda kematian adalah benar dan cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Tanda-tanda yang diberikan untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

1- Tanda 100 hari sebelum mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t kepada hamba-Nya dan hanya disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan merasai getaran atau seakan-akan mengigil.

2- Tanda 40 hari sebelum mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas 'Arasy Allah s.w.t.

Maka Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya antaranya ialah akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Adapun malaikat maut ini wujud cuma seorang ( Izrail Alaihissalam) tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnnya.

3- Tanda 7 hari sebelum mati.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba berselera untuk makan.

4- Tanda 3 hari sebelum mati.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini memudahkan urusan memandikan kita nanti.

5- Tanda 1 hari sebelum mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ia menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6- Tanda akhir sebelum mati.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan bersedia untuk menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

RENUNGAN:

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh-Nya yang akan diberikan kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda kematian ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t mahupun dari manusia sendiri.

Walau bagaimanapun Allah s.w.t itu yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah dan Maha Pengasihani , makan diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu doa dari kita sendiri ataupun doa daro orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t semata-mata.

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaiknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya."

 



Comments