Monday, February 16, 2015

Apa itu Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD)

Undang Allah s.w.t dahulu dalam apa yang setiap kerja yang kita ingin lakukan. Istilah BAD ini saya ambil daripada gaya penulisan Cik Insyirah Azhar , seorang penulis yang masih muda dan sangat berbakat.

Teknik Bertanya Allah Dahulu a.k.a BAD (dibaca ‘but’ – tetapi dalam bahasa Inggeris), adalah sebuah teknik berdoa yang santai, mudah dan berkesan (dengan izin Allah), untuk merasai keajaiban dan pemakbulan doa dalam masa yang singkat. Logo Writethrough
Sebuah teknik di bawah naungan jenama Writethrough. Writethrough (WRT) adalah sebuah jenama yang menekankan penulisan untuk pembinaan yakin dan kekuatan dunia dalaman.
Berdasarkan testimoni dan kisah kejayaaan , insya-Allah ia adalah sebuah teknik yang flexible yang boleh menjadi penawar kepada 101 masalah daripada semua aspek kehidupan seperti perniagaan, pekerjaan, kerjaya, rekaan dan penulisan

Menekankan konsep bismillah, istikharah, berdoa, dan berdialog dengan Allah. Ia adalah teknik yang namanya diperkenalkan oleh cik Insyirah A. (IA) berdasarkan pengalaman beliau mengamalkannya sejak tahun 2012.

Saya juga sudah khatam membaca e-Book percuma #TeknikBAD beliau dan sangat terkesan dengan apa yang digarapkan oleh penulis muda ini. Rasa diri ini kerdil yang kadang-kadang membelakangkan Pencipta dalam membuat sesuatu keputusan.

Sekarang ini hidup saya lebih tenang, redha, bersyukur, rasa cukup dan rezeki sentiasa ada. Betul, bila kita berdialog dengan Allah terlebih dahulu, mengharapkan keputusan yang terbaik dibuat datangnya dari Allah, hati kita akan berlapang dada menerimanya. Sememangkan kita akan menyedari kelak, ia adalah pilihan yang terbaik dari Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Blog ini tidak akan betanggungjawab dengan komen pengunjung yang tidak beretika